Saturday, June 3, 2017

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem


Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com



Image result for ramadan kareem

Salam semua, lama betul tak update blog. dah berbulan rasanya. Insyaallah azam bermula Ramdhan ni kakak akan update post setiap hari atau seminggu 3x. Insyaallah

Belum terlambat lagi rasanya nak wish Ramadhan Kareem untuk semua. Semoga Ramadhan kali ni memberi rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka di penghujungnya, insyaallah Ramadhan yang terbaik, lebih baik dan bertambah baik berbanding yang sebelum ini buat kakak dan semua umat islam.

Mengimbau zaman muda kakak dulu, rasa berat sangat kalau nak pergi terawih. Rasa terpaksa benar. Semangat betul di awal-awal bulan Ramadhan, lepas tu mula lompong malamnya tanpa terawikh. Tiap-tiap hari banyak luangkan masa fikir menu untuk berbuka yang hebat. Astaghfirullah. Zaman jahiliah tu..hehehe

Nak tau rahsia kakak mudah solat? Kakak cuma tak makan nasi je. Tu je rahsia besar tu. Bila tak makan nasi perut tak terlalu kenyang, mata tak mengantuk, badan rasa lebih ringan nak bersolat. Nak buat banyak-banyak solat sunat pun insyaallah terasa ringan macam feather. (Ok yang feather tu  kakak exaggerate..hehe

Yang sebenornya kakak memang kena kurangkan makan nasi sebab dah makin comel ada plantar fasciitis ni. Nanti kakak akan explain pasal plantar fasciitis dan tips yang perlu ikut kalau terkena plantar fasciitis ni dalam blog post yang lain ye.

Insyaallah harapannya tips kakak ni dapatla beri manafaat pada semua. Semoga Ramadhan kali ni dapat kita penuhi dengan membanyakkan lagi ibadah kita. Masyaallah. 

Biiznillah

Pn.Rinaharyati
Perunding Kewangan Muslimah

Monday, January 30, 2017

5 Tips Menyimpan Yang Efektif Dan Realistik!

5 Tips Menyimpan Yang Efektif Dan Realistik! 

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Menyimpan sebenarnya benda paling mudah untuk di rancang tapi paling susah dan berat untuk dilaksanakan

Tambah-tambah kalau anda tidak punya matlamat yang cukup besar dan kuat.

Berikut adalah antara tips yang efektif dan realistik sebagai panduan untuk anda terus meyimpan tanpa culas-culas lagi, ok!

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit

Buat potongan terus sebaik sahaja masuk gaji setiap hujung bulan.

Set kan tarikh untuk simpanan duit tu sama dengan tarikh masuk gaji. Ingat, simpan dahulu dan selebihnya boleh belanja tanpa rasa bersalah.

2. Main Kutu

Ni salah satu kaedah simpanan secara berdisplin.

Ajak beberapa orang kawan yang rapat dengan anda, dan penting kawan-kawan yang jujur. Tiap-tiap bulan, anda dan rakan-rakan bagi sumbangan RM200 setiap orang. Bila dah berjanji macam ni mesti la anda segan untuk tidak bayar kan? Mesti rasa bersalah yang teramat sangat. Hehehe

Paling seronok bila tiba giliran anda untuk dapat duit. Seronok lain macam. Padahal memang duit simpanan anda pun. cuma psikologi yang berbeza.

3. Kumpul berdasarkan warna kegemaran anda

Samada si hijau, si merah, atau si oren, anda boleh buat color coding untuk simpanan anda.

Kalau target anda si hijau, pastikan bila anda dapat je note RM5, terus masukkan je dalam tabungan yang dah anda sediakan. Anda akan jadi lebih semangat bila nampka tabung tu penuh dengan si hijau.

4. Simpan Duit Syiling

Ramai orang tak suka bawak duit syiling dalam poket atau beg duit. Selain berat, syiling akan menggunakan space yang banyak. Gemuk je nampak beg duit, padahal penuh dengan duit syiling je.

Apakata, lepas ni, setiap kali sampai ke rumah, masukkan je syiling dalam tabung, Teknik ini terbukti sangat realistik bila ada yang berjaya kumpul RM800 dengan cara kumpul duit syiling ni selama setahun. Hebat!

5. Buat Simpanan di Akaun Bank Tanpa Kad ATM

Anda boleh pilih untuk membuat simpanan di akaun bank dan jangan apply kad ATM. Semua urusan kena ke kaunter bank. Biasanya kalau perlu beratur di kaunter untuk berurusan ni ramai orang tak suka. Senang cerita, simpan lepas tu buat-buat lupa. Tapi jangan la pulak lupa kat mana anda simpan passbook.

6. Buat Simpanan Terpaksa

Biasanya bila dah terpaksa menyimpan ni kita akan jadi lebih berdisplin. Contohnya simpanan menggunakan plan Insurans. Sekarang plan Insurans bukan sekadar untuk perlindungan, plan simpanan dan pelaburan di Insurans juga beri pulangan yang sangat menarik dan kompetetif. Seprti plan Simpanan selama 6 tahun di HLA.

Yang penting, plan simpanan ini dapat pastikan anda berdisplin dalam terus membuat simpanan.

Selamat menabung. Insyaallah.

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for Tabung rm5
sumber : google image



3 Tips Langkah Simpan Duit Anak

3 Tips Langkah Simpan Duit Anak

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Memandangkan sekarang adalah musim perayaan, budaya bagi 'angpau' di musim perayaan ada sedikit persamaan seperti di waktu Hari Raya. Saya pasti saat sekarang ramai anak-anak tionghoa yang sedang bergembira sambil kira duit raya yang mereka dapat.

Seronok

Salam je dapat duit raya

Pengalaman duit raya saya dah lama sangat. Sekarang ni tinggal giliran anak-anak pulak untuk kumpul duit raya. Anak-anak ni la golongan yang paling gembira masa musim hari raya disebabkan budaya bagu duit raya ni. Masu tu nak je ada keluarga yang ramai dan besar. Bertamnah-tambah banyak la duit raya tu nanti.

Ini la juga peluang yang ada pada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menyimpan duit untuk kebaikkan mereka sendiri. Kalau di biarkan kesemuanya habis ntuk belanja, bimbang mereka akan terbiasa dengan situasi dapat duit je belanja semua sampai habis. Inilah saat terbaik untuk sediakan Tabung Pendidkan buat mereka melanjutkan pelajaran nanti.

Sekiranya kita peruntukkan simpanan untuk seorang anak sebanyak RM50 sebulan dalam produk kewangan yang beri pulangan RM6% setahun, maka bila umur mereka 18 tahun nanti jumlah simpanan yang bakal mereka ada adalah sebanyak RM 19,656. Ini belum masuk lagi duit raya yang mereka kumpul setiap tahun. Duit raya ni saja pun kadang-kadang mau cecah 4 angka nilainya.

Budaya menyimpan ni kenala mula dari awal, terutamanya bila mereka dah mula mengenal nilai duit itu sendiri.

Berikut antara cadangan cara-cara untuk memupuk budaya menyimpan.

1. Buka Akaun Simpanan Khas

Lepas anak lahir.

Bukalah Akaun simpanan khas seperti di ASB atau simpanan beserta perlindungan dari Insurans.

Sekarang dah banyak plan simpanan dari Insurans yang beri pulangan yang dividen yang tinggi setiap tahun, contohnya seperti Simpanan Pendidikan di HLA dan juga SSPN-i Plus.

2. Tetapkan jumlah Simpanan

Pastikan simpan duit secara konsisten.

Setiap bulan.

Simpan RM100 sebulan dah selama 18 tahun dah boleh ada simpanan sehingga hampir RM30,000 beserta perlindungan kesihatan. Keyword utama ialah, konsisten!

3. Maklumkan kepada anak

Mulakan seawal mungkin.

Get them involve!. Biarkan mereka sendiri yang buat simpanan tu terutamanya duit raya mereka.

Bila mereka dah remaja, ajar mereka untuk urus sendiri duit simpanan mereka.


Ibu Bapa Sebagai Pemegang Amanah

Duit raya yang diberikan anak adalah duit mereka.

Kita sebagai pemegang amanah harus jujur dalam menyimpan duit mereka.

Insyaallah jika kita telah siapkan anak-anak dengan budaya menyimpan dengan lebih awal, kita sebenarnya telah mempersiapkan mereka dengan persekitaran kewangan yang lebih baik.

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for angpow


5 Soalan Yang Wajib Anda Tanya Diri Anda Tentang Matlamat Simpanan

5 Soalan Yang Wajib Anda Tanya Diri Anda Tentang Matlamat Simpanan

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

"Establishing Long and Short Term Financial Goals. ... Determining what your short-term, mid-term, and long-term personal financial goals are is the first step. Some common financial goals are a dream vacation, a new home, college savings, retirement savings, and an emergency fund."

SOALAN 1:
Apakah yang di maksudkan dengan matlamat menyimpan?

Jawapan:
Matlamat simpanan adalah satu target yang anda secara personal tetapkan sendiri untuk pastikan jumlah simpanan yang anda mahukan tercapai.

SOALAN 2:
Apakah antara contoh-contoh matlamat menyimpan?

Jawapan:
Mana-mana matlamat menyimpan yang boleh membantu anda meningkatkan networth anda ada sesuatu yang hebat. Perkara seperti menyimpan sebagai persediaan untuk bayaran muka rumah, supaya anda bersedia untuk membeli sebuah rumah yang dapat meningkatkan nilai bersih peribadi anda adalah satu. Penjimatan untuk mendapatkan ijazah sarjana tanpa membuat pinjaman pelajar turut menjadi sasaran penjimatan yang besar. Dan yang paling penting ialah simpan yang bersamaan dengan 25 kali gaji sekarang sebagai persediaan untuk saat-saat kecemasan.

SOALAN 3:
Bagaimana anda boleh menetapkan matlamat penjimatan realistik?

Jawapan:
Yang penting adalah untuk mengetahui keupayaan kewangan anda. Semak pendapatan dan perbelanjaan semasa anda. Menetapkan matlamat penjimatan yang tinggi boleh memaksa anda untuk bekerja keras untuk itu. Tetapi jika ia menyebabkan anda stres, anda mungkin perlu mengubah strategi ke arah mencapai target simpanan anda. Anda mahu perjalanan ke arah mencapai matlamat anda menjadi menyenangkan. Jika tidak, anda mungkin berasa kecewa dan menyerah pada matlamat sepenuhnya.

SOALAN 4:
Bagaimana anda boleh mencapai matlamat menyimpan dengan cepat?

Jawapan:
Ini bergantung kepada keupayaan anda untuk menyimpan. Anda boleh capai target dengan segera jika anda boleh menyimpan dengan lebih banyak setiap bulan. Pastikan anda simpan dahulu sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Sentiasa rancang perbelanjaan sebulan lebih awal untuk mengelak dari dari sebarang impulse purchase.

SOALAN 5: Apakah matlamat simpanan yang perlu saya ada?

Jawapan:
Ia bergantung kepada masa depan yang anda impikan. Lifestyle idaman anda dan networth anda. Pastikan matlamat simpanan anda akan membawa anda menjurus ke arah impian dan matlamat hidup anda. Itu akan memberi anda motivasi yang lebih besar untuk anda terus berjuang mencapai matlamat dengan lebih cepat dan terancang.

Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Perancang Kewangan

Image result for financial goals

Teknik Untuk Sediakan Waris Aset 1 juta

Teknik Untuk Sediakan Waris Aset 1 juta

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Sekarang ni ada pelbagai cara untuk ada asset sehingga RM1 juta. Kalau masih muda, kudrat masih banyak, otak masih cergas, silakan terus berusaha dan disamping berdoa, Insyaallah suatu hari nanti Allah kurniakan asset RM1 juta pada kita dan keluarga. Tiada yang mustahil. Ramai je jutawan muda sekarang ni.

Tapi, orang 'muda' seperti anda dan saya ni, risiko terbesar kita sebenarnya adalah kematian disebabkan kemalangan. Dah bersediakan anda dengan perlindungan? Samada disebabkan kemalangan atau pun sakit? Take note ye, bukan perlindungan bil hospital kerana saya pasti rata-rata dari kita sudah ada kad perubatan (medical card) yang ada limit sehingga berjuta-juta.

Pernah tak anda terfikir, kalau anda ditakdirkan bekerja ke luar negara yang tempatnya sangat jauh dan anda tidak boleh balik langsung dalam masa setahun. Berapa banyak duit yang anda patut tinggalkan pada keluarga anda? untuk pastikan mereka dapat meneruskan hidup seperti biasa sewaktu kehadiran anda. RM12,000? RM24,000? RM36,000?

Bagaimana pulak kalau hari ini anda keluar bekerja dan tidak pulang untuk selamanya? Berapa banyak duit yang telah anda tinggalkan untuk keluarga? Berapa banyak pulak hutang besar yang anda ada? Dah bersedia dengan back up plan untuk selesaikan hutang tu? Boleh 'sesak' juga dada fikirkan pasal hutang ni kan. Kita sendiri yang berfikir pun rasa sesak dada, tak mungkin kita nak tinggalkan beban hutan untuk di warisi oleh keluarga.

Untuk pastikan pasangan anda tidak susah hati pasal duit, anda perlu bersedia dengan plan perlindungan yang memeri asset sebanyak RM 1,000,0000 unti persediaan kepada keluarga. Mati itu pasti, pemergiaan anda memang sangat sakit dan menyedihkan untuk keluarga, tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hilang sumber pendapatan.

Sebenarnya dengan asset RM 1,000,000 ni ada dah sediakan passive income untuk keluarga anda.

Jika menabung di Tabung Haji, potensi passive income ialah lebih kurang RM5,000 sebulan selama-lamanya tanpa perlu sentuh pun duit RM 1 juta tu.

Jika anda melabur di i-Care Hasanah contohnya, anda ada potensi untuk dapat passive income sehingga RM15,000 sebulan dengan asset RM 1 juta yang di tinggalkan tu tanpa perlu bekerja.

Berapa pula kos untuk membeli perlindungan dengan manfaat RM 1 juta?

Berapa lama masa yang anda perlukan untuk menjamin simpanan anda cukup sejuta? Berapa tahun anda perlu berkerja untuk itu? 

Kos untuk mendapatkan perlindungan dan asset RM 1 juta cuma serendah RM300 sahaja di HLA. Pastikan anda kenalpasti matlamat anda, kalau anda hendak lindungi diri anda sekarang dan sepanjang masa anda bekerja, selepas habis fasa aktif anda (bekerja), anda boleh hentikan plan ini dan dapatkan simpanan (cash value) yang ada dalam plan ni. 

Ya saya selalu juga dapat soalan ni,

"kalau tak claim camana? rugila!"

Sedih dan kelakar dalam masa yang sama sebab sebabnya nilai RM 1 juta tu bukan nilai sebenar diri anda. Saya pasti kalau di beri pilihan, keluarga anda tak mahu pun gantikan diri anda dengan asset 1 juta tu!

Tapi sebenarnya kalau anda tak claim, duit tu tak hangus begitu sahaja, kesemua plan insurans ada cash value yang anda boleh kelurkan. Jadi anda boleh dapat semula kos simpanan anda selama ni beserta dividen sekali. Dan yang paling penting anda masih bersama lagi dengan orang yang tersayang, Alhamdulillah.

 “Tinggalkan isteri dan anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan
   mereka di dalam keadaan meminta-minta” (Hadith Riwayat Bukhari)
Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

Image result for Hadits Riwayat Bukhari

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20 


Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com


Baru-baru ni, ada satu family yang di timpa musibah.Ya sangat sedih sebab si ibu meninggalkan 6 orang anak yang sedang membesar. Tiada yang lebih menyedihkan bila ibu meninggal di saat anak-anak mash memerlukan. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk mereka, insyaallah. 

Disebalik kesedihan tu, alhamdulillah ada berita gembira buat anak-anak. 



"Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu. Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas 22 Januari lalu. Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya. "Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan. "Pada waktu itu, saya memang tidak terfikir langsung mengenai manfaat perlindungan yang bakal diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal simpanan pendidikan masa depan anak-anak," 
"Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata melalui skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful (kematian akibat kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun anaknya. "Selain itu, tambahan khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai tunai bagi simpanan takaful dengan jumlah keseluruhan RM37.20". (sumber BH Online)
Simpanan RM30 sebulan atau bersamaan dengan RM1 sehari sangatlah mampu milik untuk setiap keluarga. Manfaat yang diberikan dari plan simpanan ini jauh lebih bernilai dari RM1 yang anda simpan. Untuk pakej simpanan RM30, manfaat untuk kematian akibat kemalangan adalah RM40,000. Manfaat untuk kematian adalah berbeza mengikut nilai pakej yang di ambil.

Duit ringgit tidak mampu untuk menggantikan kehadiran anda tapi sekurang-kurangnya manfaat yang keluarga anda terima mampu untuk meringankan beban keluarga anda. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

Sunday, January 29, 2017

Kenapa Perlu Melindungi Hutang?

Kenapa Perlu Melindungi Hutang?

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Dah tau pasal pengurusan hutang? Kalau dah tau...dah mula buat planning tak?

Untuk yang belum tau pasal perlindungan hutang, mesti tertanya-tanya. Apa tu perlindungan hutang? Kenapa pulak nak kena lindungi hutang? Perlu ke?

Ok, sebagai pencerahan, perlindungan hutang tu maksudnya persediaan kita untuk pastikan komitmen dalam bayar balik hutang, bila kita jatuh sakit, lumpuh atau meninggal.

Cara melindungi hutang:
  1.  Ambil satu polisi insurans atau sijil takaful
  2. Pastikan jumlah perlindungan insurans atau takaful anda sama atau lebih dari jumlah hutang anda. 

          Ringkasnya:
          Sum Assured  > Total Loan (personal, rumah atau kereta)

      3. Letakkan nama penghutang sebagai penama takaful atau insurans.
         *penghutang -  contoh: bank, ah long, PTPTN, personal loan, loan rumah

      4. Tanda tangan surat perjanjian Pertukaran Hak Mutlak bersama setem hasil RM10 & sediakan
          salinan geran.
          *lakukan langkah ini dengan jika sudah ada polisi insurans atau sijil takaful

      5. Perlindungan siap untuk komitmen sedia ada.


Perlindungan hutang itu perlu sebab:

  1. Kemalangan & kematian adalah sesuatu yang tak dijangka
  2. Roh akan tergantung di antara langit dan bumi jika ada hutang belum langsai


يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Sumber: www.zaharuddin.net

Dan

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain.
Sumber: Portal Rasmi Jakim www.islam.gov.my/e-hadith

       3. Adakah kita yakin orang lain terutama ahli keluarga kita dapat bantu selesai kan hutang kita 
           bila kita meninggal dunia?
       4. Apabila kita meninggal, keluarga masih dapat tinggal dalam rumah dan kereta masih boleh 
           pakai tanpa risau. Sebab takaful/ insurans itu nanti yang akan tanggung hutang kereta 
           dan rumah tu.
      5.  Keluarga dah tak perlu risau untuk selesaikan semua hutang.

Ok sekarang dah boleh start kira hutang yang ada, dan dah boleh mula planning polisi apa yang anda boleh ambik untuk lindungi komitmen dan hutang paling besar yang anda.

Tak pasti polisi apa yang perlu ambik? Ada kemusykilan? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Insyaallah.

Biiznillah.

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for protecting your debt or commitement