Sunday, January 29, 2017

10 Soalan Wajib Yang Anda Perlu Tanya Sebelum Beli Insurans

10 Soalan Yang Wajib Anda Tanya Sebelum Beli Insurans

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

1. Majikan saya sudah menyediakan perlindungan insurans untuk saya. Perlukah saya membeli insurans sendiri?
Secara amnya, insurans yang disediakan untuk para pekerja terhad untuk kegunaan kad perubatan (bil hospital pada limit yang tertentu) dan wang pampasan kemalangan, kecacatan atau kematian. Tambahan pula, plan insurans tersebut tidak boleh dibawa bersama anda sekiranya anda bertukar tempat kerja.

Oleh itu, setiap orang disyorkan untuk membeli polisi insurans sendiri. Untuk mendapatkan nasihat perancangan insurans yang lebih tepat, kongsi bersama ejen insurans anda perancangan hidup anda, dan pilih plan insurans yang dapat menolong mencapai matlamat anda.

Nota : Berdasarkan pengalaman, ada syarikat yang cuma bayar 10% dari wang pampasan yang sepatutnya keluarga pekerja dapat (berlaku kematian pada pekerja). Ini sebenarnya tak salah sebab premium di bayar oleh syarikat dan polisi tu sebenarnnya adalah hak syarikat dan syarikat berhak menggunakan duit pampasan tu menggantikan kerugian yang berlaku akibat kehilangan pekerja.

2. Jika saya sudah mempunyai insurans hayat, perlukah saya membeli insurans perubatan?
Insurans hayat perlu dimiliki kerana dapat menolong menstabilkan situasi kewangan apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, lumpuh kekal atau kematian. Walaupun begitu, perlindungan insurans hayat agak terhad dalam menampung kos perubatan.

Dengan kos perubatan yang semakin meningkat, kad perubatan kini sudah menjadi suatu keperluan. Dengan adanya kad perubatan, anda dapat membuat tuntutan untuk kos-kos seperti penginapan hospital, rawatan, pembedahan, dan lawatan susulan.  

Jenis-jenis insurans saya akan share di entri yang lain, ok.

3. Apakah usia ideal untuk membeli insurans?
Tiada umur yang khusus untuk membeli insurans; semuanya bergantung kepada kemampuan anda dan jika anda mempunyai tanggungan. Orang ramai sentiasa disyorkan untuk membeli insurans seawal yang boleh kerana bayarannya lebih murah apabila kita lebih muda. Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk menghidapi penyakit dan ini menyebabkan kos premium yang lebih tinggi.

Sebagai panduan, waktu yang paling baik untuk membeli insurans ialah apabila sudah mula bekerja dan bakal mendirikan rumah tangga.


 4. Adakah premium insurans saya akan meningkat setiap tahun?
Ini merupakan antara soalan paling penting yang perlu dibincangkan dengan ejen anda. Salah faham tentang isu ini telah banyak menyebabkan orang ramai berasa keliru dengan pelan mereka.
Perlu diketahui bahawa sesetengah pelan mempunyai bayaran yang amat murah sewaktu baru bermula, dan mula meningkat setelah beberapa tahun. Ada pula yang jumlah bayarannya ditetapkan sepenuh tempoh polisi itu. Pastikan ejen anda menerangkan pelan bayaran dengan jelas sebelum anda membeli pelan insurans tersebut.

5. Apakah yang akan terjadi jika saya tidak dapat membayar premium saya?
Pelan perlindungan insurans merupakan suatu pelaburan jangka panjang, dan anda disyorkan untuk memulakan pelan anda apabila betul-betul mampu. Kaadar yang optimum ialah 10% dari gaji anda sekarang. Kos perubatan dan manfaat insurans hayat anda tidak akan dapat dituntut sekiranya anda tidak membayar premium yang sepatutnya.

Jika tidak mampu dengan pelan yang lebih mahal, mulakan dengan pelan asas yang lebih murah dahulu. Kebanyakan pelan insurans mempunyai pilihan untuk dinaiktaraf apabila kewangan anda lebih stabil.

6. Apakah yang akan terjadi jika saya ingin membatalkan polisi saya?
Seperti yang dijelaskan, insurans perlu dilihat sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Jika boleh, elakkan daripada membatalkan polisi anda, lebih-lebih lagi jika anda telah memegang polisi tersebut selama bertahun-tahun.

Namun begitu, ada baiknya jika anda ketahui lebih awal apakah pulangan yang anda mungkin dapat sekiranya pembatalan terpaksa dibuat. Ada polisi yang akan terbatal begitu sahaja tanpa sebarang pulangan. Ada pula polisi yang mula menjana ‘cash value’ semakin lama anda memegang polisi tersebut, dan ‘cash value’ ini akan dipulangkan kepada anda sewaktu pembatalan. Ejen anda dapat memberikan anggaran pulangan yang lebih tepat berdasarkan jenis polisi anda.

7. Bagaimana jika saya tidak mengalami apa-apa kemalangan atau penyakit kronik selama saya mempunyai insurans?
Pemikiran terbaik apabila membeli insurans ialah dengan berharap yang anda tidak akan perlu menggunakannya. Namun begitu, ejen anda masih perlu memberitahu anda tentang pulangan yang dapat anda jangkakan sekiranya tidak membuat apa-apa tuntutan.

Tidak semua pelan insurans mempunyai sistem No Claims Bonus di mana anda mendapat insentif sekiranya tiada tuntutan pampasan dibuat. Jika pelan anda mempunyai ‘cash value’, minta ejen anda untuk terangkan jumlah pulangan anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan hingga akhir tempoh polisi tersebut.

8. Selain tuntutan berkaitan perubatan, kemalangan, kecacatan dan kematian, adakah manfaat lain yang boleh saya perolehi melalui pelan insurans saya?
Setiap syarikat insurans mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menawarkan pelbagai manfaat tambahan untuk memaksimumkan perlindungan anda. Ada yang menyediakan elaun harian sewaktu anda diwadkan, dan ada juga pelan insurans yang mempunyai komponen pelaburan, di mana sebahagian premium anda disalurkan ke dalam komponen yang berfungsi sebagai akaun simpanan. Kongsikan keutamaan-keutamaan anda untuk memudahkan ejen anda mengesyorkan manfaat tambahan terbaik untuk anda.

9. Apakah yang akan berlaku sekiranya ejen saya tidak lagi bekerja di syarikat insurans ini?
Walaupun penting, soalan ini jarang sekali diajukan kepada ejen insurans. Oleh kerana ada ejen insurans yang berubah hala karier, anda perlu tahu langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya ejen anda tidak lagi bertugas untuk menyelia polisi anda.

Dalam situasi sebegini, selalunya syarikat insurans akan memaklumkan anda tentang perletakan jawatan ejen anda melalui surat. Surat tersebut mengandungi nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat ejen baru anda. Anda boleh memilih untuk kekal dengan ejen baru ini, atau jika anda mengenali ejen insurans lain yang lebih anda gemari, anda boleh mengemukakan permohonan untuk memindahkan polisi anda di bawah jagaan ejen insurans pilihan anda itu.

Perkara yang paling penting dalam memastikan pelan insurans anda menepati rancangan masa depan anda ialah dengan mendapatkan nasihat ejen yang memahami visi hidup anda.

10. Apa cara terbaik untuk saya keep track dengan bayaran premium bulanan saya?

Anda boleh untuk membuat bayaran menggunakan credit card atau debit card dan anda boleh keep track payment daripada statement

Atau di HLA, anda ada kelebihan untuk daftar HLA 360, di mana anda ada kelebihan untuk check premium hstory dan yang paling penting anda akan sentiasa dpat check apa perlindungan yang telah anda ambil. Semua maklumat di hujung jari anda

Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for ask question

No comments:

Post a Comment