Monday, January 30, 2017

3 Tips Langkah Simpan Duit Anak

3 Tips Langkah Simpan Duit Anak

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Memandangkan sekarang adalah musim perayaan, budaya bagi 'angpau' di musim perayaan ada sedikit persamaan seperti di waktu Hari Raya. Saya pasti saat sekarang ramai anak-anak tionghoa yang sedang bergembira sambil kira duit raya yang mereka dapat.

Seronok

Salam je dapat duit raya

Pengalaman duit raya saya dah lama sangat. Sekarang ni tinggal giliran anak-anak pulak untuk kumpul duit raya. Anak-anak ni la golongan yang paling gembira masa musim hari raya disebabkan budaya bagu duit raya ni. Masu tu nak je ada keluarga yang ramai dan besar. Bertamnah-tambah banyak la duit raya tu nanti.

Ini la juga peluang yang ada pada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menyimpan duit untuk kebaikkan mereka sendiri. Kalau di biarkan kesemuanya habis ntuk belanja, bimbang mereka akan terbiasa dengan situasi dapat duit je belanja semua sampai habis. Inilah saat terbaik untuk sediakan Tabung Pendidkan buat mereka melanjutkan pelajaran nanti.

Sekiranya kita peruntukkan simpanan untuk seorang anak sebanyak RM50 sebulan dalam produk kewangan yang beri pulangan RM6% setahun, maka bila umur mereka 18 tahun nanti jumlah simpanan yang bakal mereka ada adalah sebanyak RM 19,656. Ini belum masuk lagi duit raya yang mereka kumpul setiap tahun. Duit raya ni saja pun kadang-kadang mau cecah 4 angka nilainya.

Budaya menyimpan ni kenala mula dari awal, terutamanya bila mereka dah mula mengenal nilai duit itu sendiri.

Berikut antara cadangan cara-cara untuk memupuk budaya menyimpan.

1. Buka Akaun Simpanan Khas

Lepas anak lahir.

Bukalah Akaun simpanan khas seperti di ASB atau simpanan beserta perlindungan dari Insurans.

Sekarang dah banyak plan simpanan dari Insurans yang beri pulangan yang dividen yang tinggi setiap tahun, contohnya seperti Simpanan Pendidikan di HLA dan juga SSPN-i Plus.

2. Tetapkan jumlah Simpanan

Pastikan simpan duit secara konsisten.

Setiap bulan.

Simpan RM100 sebulan dah selama 18 tahun dah boleh ada simpanan sehingga hampir RM30,000 beserta perlindungan kesihatan. Keyword utama ialah, konsisten!

3. Maklumkan kepada anak

Mulakan seawal mungkin.

Get them involve!. Biarkan mereka sendiri yang buat simpanan tu terutamanya duit raya mereka.

Bila mereka dah remaja, ajar mereka untuk urus sendiri duit simpanan mereka.


Ibu Bapa Sebagai Pemegang Amanah

Duit raya yang diberikan anak adalah duit mereka.

Kita sebagai pemegang amanah harus jujur dalam menyimpan duit mereka.

Insyaallah jika kita telah siapkan anak-anak dengan budaya menyimpan dengan lebih awal, kita sebenarnya telah mempersiapkan mereka dengan persekitaran kewangan yang lebih baik.

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for angpow


No comments:

Post a Comment