Sunday, January 29, 2017

7 Kesilapan Utama Dalam Pemilihan Insurans

7 Kesilapan Utama Dalam Pemilihan Insurans

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Bayangkan, anda sebagai pencari nafkah utama keluarga anda, sudah tidak berupaya untuk memperoleh pendapatan bagi orang yang anda sayangi. Apatah lagi kehidupan keluarga anda dan kehidupan akan terjejas. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika anda meninggalkan hutang dalam bentuk pinjaman perumahan , pinjaman kereta atau kad kredit yang masih berbaki. Waris anda mungkin tidak mampu untuk terus memiliki aset yang anda telah anda tinggalkan, dan caj faedah bayaran lewat boleh menjadi jumlah yang mengerikan.
Inilah adalah antara sebab utama kenapa ramai orang membeli dan memiliki polisi insurans hayat. Walau bagaimanapun, perlindungan yang mencukupi hanya berlaku jika anda telah membeli polisi yang betul!  
Untuk manfaat anda, kami menyenaraikan 7 kesilapan yang paling biasa terjadi terhadap insurans hayat. Selepas membaca artikel ini, anda boleh mengelakkan kesilapan-kesilapan ini dan membeli polisi insurans hayat dengan cara yang lebih pintar dan diinsuranskan dengan jumlah yang sesuai.
1. Tidak memahami perbezaan antara 5 jenis insurans hayat  
Terdapat 5 jenis Insurans Hayat yang paling biasa pada hari ini:
  1. Insurans Hayat Seumur Hidup Sertaan (Pelan Endowmen)
  2. Insurans Hayat Seumur Hidup Bukan-Sertaan
  3. Pelan Insurans Bertempoh
  4. Pelan Insurans Bertempoh Menyusut
  5. Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan
Setiap daripada mereka menawarkan komponen yang berbeza (jumlah diinsuranskan, simpanan dan komponen dividen, nilai wang tunai, unit dan lain-lain) dan premium yang berlainan. Membeli plan yang salah untuk tujuan yang salah adalah pasti akan menyebabkan bayaran yang tinggi kepada ciri-ciri yang tidak dikehendaki atau yang tidak diperlukan.
2. Tidak mempunyai matlamat yang jelas ketika anda membeli insurans
Secara umumnya, selain dari penjimatan cukai, terdapat 4 sebab orang membeli polisi insurans hayat
  1. Melindungi yang tersayang terhadap kematian anda
  2. Melindungi diri-sendirti daripada Kehilangan Upaya Kekal / Penyakit Kritikal
  3. Simpanan paksa
  4. Sebagai satu pelaburan
Sebelum membeli polisi, sentiasa tanya diri anda mengapa anda membeli polisi. Jawapannya boleh merupakan objectif yang berbagai. Kemudian, pilih dan menyesuaikan plan yang betul untuk tujuan anda.
Sebagai contoh, jika sebab anda ingin insurans sebagai elemen perlindungan, maka mengapa membeli Insurans Hayat Seumur Hidup sertaan yang sehingga 80% daripada premium yang dibayar diletakkan di komponen simpanan?
3. Fikirkan ia adalah mahal, rumit ATAU hanya boleh dibeli melalui ejen-ejen
Hanya 56% daripada penduduk Malaysia dilindungi oleh Insurans Hayat. Untuk sesuatu yang begitu penting, mengapa ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai Insurans Hayat? Alasan yang diberikan oleh orang ramai memberi gambaran yang menarik.
Beberapa responden memberi sebab-sebab seperti kerumitan atau kemampuannya. Ada yang ragu-ragu kerana pengalaman terlebih dahulu dengan ejen-ejen insurans yang mengelirukan, mendesak atau agresif. Yang menghairankan, alasan yang sering disebut adalah bahawa beberapa orang tidak suka rasa yang wajib untuk membeli dari agen yang mereka bertemu.
Berita baik adalah pembelian polisi insurans hayat bukan sentiasa berharga tinggi.  Anda boleh mendapatkan sebut harga segera dan membeli insurans dalam talian yang lebih murah. Cuma anda perlu bersedia untuk uruskan segala claim sendiri kerana anda tidak mempunyai ejen untuk servis anda.

4. Fikirkan premium yang tinggi/ redah, iaitu polisi yang lebih baik
Premium yang lebih tinggi, tidak bersamaan dengan dasar polisi yang lebih baik. Bayaran jumlah premium insurans yang sedikit tidak pasti menjadi pemilihan polisi yang pintar. Membandingkan kedua-dua insurans dari segi harga tanpa meniliti manfaat yang ditawarkan ada sangat bahaya.

Pastikan anda membuat perbandingan 'apple to apple'. Perbandingan perlu setara untuk memberi keadilan pada diri anda sendiri.
Perlindungan terbaik adalah satu yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda hendak membandingkan harga, bandingkan sahaja antara dasar-dasar yang telah diubahsuaikan untuk memenuhi keperluan anda.
5. Fikirkan saya belum berkahwin / tidak mempunyai tanggungan keluarga, oleh itu tidak memerlukan Insurans Hayat.
Di sini kami menerangkan pemikiran kami.
Adakah anda tahu bahawa kira-kira 30% daripada tuntutan insurans hayat disebabkan oleh kehilangan upaya / penyakit kritikal dan bukan disebabkan oleh kematian pemegang insurans?

Boleh anda bayangkan berapa lama anda perlu survive sekiranya anda terkena penyakit kritikal? Mampu ke anda bekerja ketika masih sakit? Bersediakah anda dari segi kewangan dan berapa lama simpanan anda mampu bertahan sekiranya anda sudah tidak mampu bekerja.
6. Fikirkan anda memerlukan insurans hayat sepanjang umur anda
Kepercayaan ini adalah sebab perlindungan yang terlebih semasa usia tua.
Jika tujuan anda adalah untuk memastikan bahawa tanggungan keluarga anda boleh mengekalkan gaya hidup sekarang selepas kematian anda, maka anda mungkin tidak perlu perlindungan tersebut apabila anda bukan lagi pencari nafkah DAN tidak lagi mempunyai apa-apa hutang yang belum diselesaikan.
7. Kekurangan insurans/ terlebih insurans
Di Malaysia, masih ramai yang belum sedar yang mereka sebenarnya dalam kategori kurang insurans. Insurans yang anda telah beli 10 atau 20 tahun yang lepas sudah tidak sala lagi dengan nilai diri anda sekarang. Dengan perubahan lifestyle, pertambahan ahli keluarga, peningkatan asset (yang masih lagi dalam under loan di bank), kesemua ini harus di review semula untuk memastikan perlindungan yang setara dengan komitmen dan hutang yang sedia ada.

Jadi, berapa banyak perlindungan yang anda memerlukan?                
Peraturan 'rules of thumb' adalah untuk memperoleh perlindungan kematian bernilai 25 kali pendapatan anda ataupun sekurang-kurang perbelanjaan kumulatif yang perlu anda sediakan dari sekarang sehingga anak-anak sudah mampu berdikari iaitu bermumur 24 tahun. Kerana sekiranya berlaku perkara yang tak di ingini, pasangan anda dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menggunakan wang dari manfaat kematian anda.
Kesimpulannya, saya harap melalui artikel ini, anda akan mempunyai pandangan yang lebih jelas kepada jenis insurans hayat yang anda perlukan untuk anda dan keluarga anda. Sekarang anda boleh mendapatkan insurans hayat anda secara mahir! Insyaallah.

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for kesilapan dalam memilih insurans


No comments:

Post a Comment