Tuesday, January 17, 2017

8 Tips Penting Sebelum Beli Insurans/Takaful

8 Tips Penting Sebelum Beli Insurans/Takaful

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim


reenrinaharyati.blogspot.com

8 tips penting buat anda yang pertama kali nak beli insurans atau takaful nyawa dan kesihatan.

Entri ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai penasihat dalam bidang insurans dan takaful. Sepanjang 5 tahun kerjaya saya, saya dah jumpa ramai orang yang masih mencari-cari produk insurans yang sesuai buat mereka. Di Malaysia ada lebih 11 syarikat insurans/takaful, dan kalau anda mencari plan insurans yang ideal tanpa sebarang matlamat dari pihak anda, pastinya anda akan menghabiskan masa berharga anda untuk mencari dan akhirnya tak ada satu plan insurans pun yang anda akan ambil disebabkan oleh kemabukan dan kecelaruan informasi. Sudahnya, anda akan jadi pengumpul tegar quotation dan fliers.Ehe

Tak ketinggalan juga yang sudah ada plan insurans/takaful tetapi masih tidak pasti apa perlindungan yang anda ada dan adakah perlindungan itu sesuai dengan status anda sekarang. Insyaallah semoga artikel ini dapat menjadi panduan dan mengelakkan kekecewaan akibat tersalah faham atau tersalah beli produk

Fahami Asas Insurans

Insurans sebenarnya terdiri dari 4 perkara asas :

1) Life – mewakili nilai hayat atau manfaat kematian, Lumpuh Kekal, atau Sakit Tua.
2) Hospitalisation – Elaun Kemasukan Wad atau Medical Card atau kedua-duanya sekali.
3) Penyakit Kritikal – pampasan yang bakal dapat sekiranya terkena penyakit kritikal
4) Kemalangan – Pampasan akan dapat sekiranya berlaku Lumpuh Kekal/Ilat Kekal  atas sebab kemalangan, boleh claim balik MC (cuti yang diberikan atas sebab kemalangan), Bayaran bil yang dikenakan oleh klinik atau hospital atas sebab kemalangan dan juga pampasan/manfaat atas kematian disebabkan oleh kemalangan.

Insuran yang lengkap harus ada 4 perkara di atas, atau anda boleh pilih salah satu daripada perkara di atas mengikut keperluan semasa anda. Boleh rujuk ejen untuk penjelasan yang terperinci.

Kenapa anda perlukan insuran/takaful?

Boleh dikatakan semua orang memang perlukan insurans. Di Malaysia ni ada lebih 11 syarikat insurans dan setiap syarikat ada pelbagai plan insuran. Kenapa?  Kerana tak semua orang perlukan insurans yang sama. Kan?

Setiap orang ada keperluan dan tahap kewangan yang berbeza. Insuran/Takaful bertindak sebagai vehicle instruments untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga sekiranya berlaku kematian pada pasangan hidup atau pun pada parents.

Bagaimana insurans boleh berguna waktu tu? Sebab pampasan yang keluarga akan dapat, boleh digunakan untuk bayar baki loan rumah, bayar hutang kereta, duit kolej,  duit persaraan, dan sebagainya. Insurans ini adalah aset yang anda patut ada dan sangat penting dalam perancangan harta. Lagi ramai ahli keluarga yang bergantung pada pendapatan anda, lagi bertambah penting insurans tu buat anda dan keluarga anda.

Kalaupun anda masih bujang dan belum bekeluarga, anda masih punya sebab untuk ambik plan insurans/takaful ni kerana anda boleh dapat perlindungan yang tinggi pada premium yang rendah dan lebih murah. Lagi pun, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini pada anda, anda boleh hibahkan duit pampasan tu pada ibu dan ayah anda.

Kenalpasti matlamat perlindungan insurans/takaful anda.

Selain dari keperluan, anda juga perlu setkan matlamat perlindungan insurans anda. Sama seperti simpanan, Setiap simpanan punya matlamat yang berbeza, Contohnya matlamat jangka pendek mungkin untuk kegunaan melancong bersama keluarga, Dan matlamat jangka masa panjang mungkin sebagai tambahan dana persaraan.

Begitu juga perlindungan insurans, adakah matlamat anda untuk ada kemudahan fast lane sekiranya anda perlu admit ke hospital dan anda boleh demand, doktor pakar untuk merawat anda dengan kadar segara. Atau mungkin matlamat anda, anda perlu penggantian income selama anda tidak dapat bekerja disebabkan anda perlu admit ke hospital. Mungkin juga anda perlu persediaan manfaat kematian yang tinggi supaya anda dapat hibahkan pada anak-anak anda yang ramai.

Setiap orang punya matlamat perlindungan yang berbeza dan saya nasihatkan anda berkongsi matlamat dengan perunding kewangan anda supaya mereka lebih jelas dan dapat memberi pandangan professional mereka buat anda.

Berapa jumpah pampasan yang sepatutnya anda sediakan?

Berapa jumlah duit yang keluarga anda akan terima selepas kematian anda, itu dipanggil sebagai pampasan atau manfaat kematian. Nak tau berapa banyak perlindungan /coverage yang anda perlukan, Selalunya mengikut rules of thumb, perlindungan yang ideal adalah sebanyak 12 ganda dari gaji anda sekarang. Secara kasarnya anda dapat pastikan yang keluarga anda dapat hidup seperti biasa selama 12 bulan selepas kematian anda. Tapi pengiraan hutang juga kena ambil kira. Lagi banyak hutang, lagi tinggi manfaat yang anda perlukan.

Cari jenis polisi yang betul

Selepas kenal pasti manfaat yang sesuai dengan keluarga anda, baru boleh pilih jenis polisi yang sesuai. Sama ada polisi term life. Biasanya matlamat plan term life ialah untuk beri perlindungan semasa active life anda iaitu sepanjang tempoh anda bekerja atau sehingga anak-anak independent.

Atau polisi whole life, dengan perlindungan yang lebih lama dan lebih komprehensif dengan premium yang sedikit tinggi. Tapi biasanya plan whole life ada unsur pelaburan/investment link yang punya kadar dividen setiap tahun yang tinggi dan stabil.

Lihat kualiti syarikat insurans

Kekuatan sesebuah polisi, berkadar langsung dengan kekuatan syarikat itu sendri. Pastikan anda buat kajian tentang latar belakang syarikat. Pilih syarikat yang reliable, telah lama wujud, dan tidak ada kemungkinan untuk tutup dan keluar dari Malaysia. Syarikat insurans lokal vs Syarikat Luar Negara

Dapatkan nasihat professional

Penasihat kewangan professional boleh membantu anda melihat nilai manfaat yang sesuai dengan keperluan keluarga anda sekarang berdasarkan need base selling dan telah terlatih berdasarkan latihan-latihan dan bengkel mengenai pengurusan kewangan, pembahagian asset kepada penama, claim, dan macam-macam lagi. Mulakan bertanya pada ejen yang telah anda kenal dan mempunyai reputasi yang baik.

Kenali terma-terma yang sering digunakan dalam insurans

Untuk yang pertama kali dengar, anda mungkin kurang jelas bila apabila penasihat kewangan menggunakan perkataan seperti, premium, sum assured, term, endowment,lapsed, beneficiaries, wasi, hibah dan pelbagai lagi. Anda jangan takut dan malu untuk bertanya. Ejen yang baik dan cemerlang pasti akan menerang secara terperinci setiap perkataan yang mungkin kurang jelas untuk anda. 

Atau mungkin anda boleh buat sedikit homework sebelum berjumpa dengan mana-mana ejen supaya anda dapat gambaran sebenar maksud perkataan-perkataan yang digunakan.

Semoga dengan 8 tips yang dikongsi ini dapat dijadikan panduan untuk anda pilih plan insurans/takaful yang sesuai dengan matlamat anda dan keluarga.

Sekiranya anda perlukan pandangan professional saya berkenaan insurans/takaful dan plan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda sekarang, boleh email di rinaharyati@gmail.com atau Whatsapp di 013.484.8586, insyaallah saya akan bantu.

Biiznillah

Pn.rinaharyati.
Penasihat kewangan anda





No comments:

Post a Comment