Sunday, January 29, 2017

9 Sebab Utama Mengapa Anda Perlu Pilih Untuk Memiliki Insurans Hayat

9 Sebab Utama Mengapa Anda Perlu Pilih Untuk Memiliki Insurans Hayat

Teks : Rina Haryati binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, meneruskan kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah yang utama. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan family bread winner.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Sebagai plan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung sewaktu persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Dapat meneruskan lifestyle yang sama seperti di waktu kerja. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut. 

5. Suatu plan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan. Orang yang bijak, mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi tanpa perlu menyentuh duit simpanan

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda meletakkan nilai sebenar pada diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat. dan pemberian ni sangat diperlukan di saat anda sudah tiada lagi di dunia ini.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan mengekalkan harta pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada plan kewangan menyeluruh
Suatu plan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for life uncertainties + life insurance



No comments:

Post a Comment