Saturday, January 7, 2017

Berniaga Offline vs Online

Berniaga Offline vs Online

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com


Berperibadi seorang pemalu dan sedikit reserve, saya agak was-was dengan kebolehan diri dalam bidang perniagaan. Permulaan perniagaan saya adalah secara offline. Kedai frozen food yang pada awalnya dibuka bersama suami banyak mengajar pahit manis dunia perniagaan. Adakalanya manis terutama melihat kepuasan pelanggan dan hasil jualan yang memberangsangkan setiap malam. Tapi adakalanya berdepan dengan masalah pembekal yang terlalu menekan harga. Pernah juga kami di tipu dengan pelanggan yang juga perniaga yang mahu ambik stok secara pukal. Rugi berbelas ribu ringgit sekelip mata dan mula berhati-hati untuk terlalu percayakan orang yang baru kenal selepas itu.

Memilih lokasi dalam kawasan taman yang besar tak menjanjikan kejayaan buat perniagaan saya dan suami. Tenyata lokasi kedai yang hampir dengan pasaraya besar tak memberi kelebihan kepada kami. Disamping sewa kedai yang sangat mahal, kami perlu fikirkan strategi yang lebih baik untuk berkembang. Pelajaran penting kami ialah betapa demografik adalah antara faktor penting sesebuah perniagaan.

Percubaan pertama saya untuk bekerja dari rumah bila saya mula ambil kursus dan belajar cara pembuatan kek dan roti. Setelah join beberapa buah kelas baking, saya mencuba nasib mengambil tempahan kek. Perniagaan ni tidak bertahan lama disebabkan saya tak mampu nak spent masa yang lama untuk siapkan satu-satu tempahan kerana perlu uruskan anak. Sekali lagi saya memilih perniagaan secara offline dengan mengambil tempahan dari rakan-rakan dan juga keluarga. Walaupun kecewa kerana kecundang dalam perniagaan sekali lagi, tapi saya masih nekad untuk mencuba berniaga.

Semasa masih bekerja di kilang ayahanda, saya masih ingat waktu itu, facebook masih baru. Suami yang berasal dari kelantan sarankan saya cuba berniagaa serunding. Serunding Kg Laut yang di ambil dari Tumpat, Kelantan. Saya sahut cabaran tu dengan niat untuk tambah pendapatan menjelang hari raya. Menggunakan medium pasaran online, saya mula post status berkenaan serunding secara santai di Facebook. Alhamdulillah, tak sangka sungguh rezeki saya murah. Bermula dengan jualan 10kg pada tahun pertama, sehingga sekarang jualan tertinggi pernah saya buat ialah 100kg. Penuh sendat kereta masa balik kampung ambik stok. Hampir tenggelam orang kat dalam kereta. 3 tahun pertama saya menggunakan medium online 100%, dan sekarang saya gabungkan online dan juga offline.

Selepas dikurniakan anak 3 orang, ditakdirkan kilang ayahanda tidak dapat teruskan lagi operasi. Selain serunding (yang jualannya berganda bila tiba musim perayaan sahaja), saya mencuba pelbagai perniagaan yang lain, emas, MLM, dan macam-macam lagi dan ternyata tiada satu pun yang berhasil. Duit banyak dah terlabur tapi belum ada yang bagi pulangan balik. Sedikit kecewa tapi masih teruskan lagi pencarian sehingga akhirnya saya di approach oleh sahabat saya seorang ejen insurans.

Dilahirkan bukan dengan sifat seorang 'chatterbox', saya hanya mampu ketawa lepas di ajak join. Sepanjang 30 tahun hidup, saya rasa terlibat dalam bidang insurans adalah perkara paling mustahil berlaku dalam hidup saya. Simpati dengan usaha bersungguh sahabat saya, sebagai kawan yang baik saya bagi sedikit harapan padanya dan berjanji untuk balik dan bincang dengan suami. Diluar jangkaan saya bila suami pula memberi 'green light' dengan idea ini. Saya kemudian hubungi kawan saya untuk dapatkan penjelasan dengan lebih terperinci. Yela, ini perubahan besar dalam diri saya, ini hijrah dalam hidup saya dan juga keluarga saya.

Setelah mendapat penerangan panjang lebar dari sahabat saya, saya dapati ada satu produk pelaburan yang sangat menarik dari syarikat ini. Saya tertarik dengan produk itu dan mula approach kawan-kawan dan saudara mara secara online dan offline untuk berkongsi kelebihan produk pelaburan ini yang memberi pulangan yang tinggi dengan komitmen jangka masa pendek. Ternyata rezeki Allah itu pasti dan tidak pernah tersilap pintu. Bayangkan pada tahun pertama saya telah berjaya mendapat anugerah Top Agent bagi kategori Bumiputera dan dua tiket (untuk saya dan suami) untuk percutian percuma tajaan syarikat. Syukur. Honeymonn free sekali lagi. Tak pernah terbayang. Saya sebenarnya menggunakan banyak strategi pemasaran secara online untuk bidang insurans dan pelaburan. Klien-klien terdiri dari orang yang saya tidak pernah kenal sebelum ini. Dan saya bangga kerana dapat membantu beberapa klien dan keluarga klien untuk dapatkan pampasan untuk 'unfortunate event' yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Secara kesimpulannya bagi saya secara peribadi, kedua-dua marketing secara online dan offline sama penting. Sentiasa buat kajian dan analisis kekuatan dan kelemahan diri, dan dari situ kita akan dapat kenalpasti strategi pemasaran yang paling memberi kesan pada perniagaan yang kita sedang usahakan. Apapun perniagaan yang kita ceburi, teruskan termotivasi kerana hanya motivasi yang kuat akan mendorong kita lebih maju kehadapan.

Biiznillah


Puan Rina Haryati Ibrahim
Penasihat Kewangan

No comments:

Post a Comment