Thursday, January 12, 2017

Claim Bersalin Bertukar Menjadi Claim Untuk Sakit Kritikal

Claim Bersalin Bertukar Menjadi Claim Untuk Sakit Kritikal

Teks: Rina Haryati Binti Ibrahim


reenrinaharyati.blogspot.com

Seperti pada entri yang lepas, saya ada ceritakan berkenaan plan untuk wanita iaitu Woman’s Plan. Maka setiap bulan saya akan dapat pesanan ringkas dari klien-klien yang inform mereka tengah 
mengandung. Dah macam doktor dah bunyinya. Yela, saya perlu tau untuk bantu mereka masa nak claim nanti. Disamping tu dapat jugak melawat baby baru, cium bau syurga tu!

Saya masih ingat pada tahun 2014, seperti biasa saya akan dapat message dari klien. Salah seorang yang menyatakan kegembiraannya ialah klien saya yang sorang ni dari Negeri Sembilan. Ya betul, klien saya merata-rata di sekitar Malaysia. Alhamdulillah, dah membayangkan banyak claim yang saya akan buat untuk klien-klien tercinta.

Tapi beberapa bulan selepas tu, sekali lagi saya dapat message dari beliau, menyatakan yang beliau baru saja lepas buat biopsi dan doktor nyatakan yang dia positif kanser payudara. Masyaallah. Tak tergambar  dengan kata-kata selepas di beritahu oleh beliau.

Ini antara kes terawal sepanjang karier saya dalam bidang insurans. Beliau baru saja ambil plan beberapa bulan. Belum pun setahun dan dah sah ada kanser payudara tahap 3. Dan ketika itu dia sedang mengandung anak ke4. Subhanallah.

Saya menjangkakan yang kes klien saya yang satu ni pasti akan ada penyiasatan di lakukan oleh syarikat insurans. Tapi kalau memang genuine case, insyaallah tak akan ada masalah. Langkah pertama ialah, saya perlu beli laporan perubaran dari hospital. Klien yang sorang ni, berperibadi sangat baik, dan sentiasa akan bantu saya sekiranya ada informasi yang saya perlukan untuk mempercepatkan proses claim. Walaupun saya tahu dia sedang menanggung kesakitan yang teruk dan dalam masa mengandung, beliau kelihatan sangat tenang. 

Laporan dari hospital bukan sswasta seperti biasa, ambil masa yang sangat lama. Saya faham, doktor punya banyak tugasan hakiki untuk dibuat selain nak isi borang laporan syarikat insuran. Saya mampu bertolak ansur dan bersabar, cuma bila mengambil masa yang terlalu lama dan saya sendiri tak dapat nak direct dengan doktor, itu agak menjadi masalah buat saya. Risau juga kalau sebenarnya doktor itu sendiri lupa pasal report yang perlu diisi.

Lebih 3 bulan juga masa yang saya ambil untuk dapatkan laporan perubatan itu sashaja. Itu tak termasuk laporan dari klinik-klinik lain. Sampai kena marah dengan suami klien. Hehe. Itu lumrah. Semua orang tak suka menunggu. Masa itu sangat berharga. Tapi syukur, akhirnya selepas menunggu sebegitu lama akhirnya dapat juga laporan yang ditunggu-tunggu.

Dan ternyata, barah pada klien saya memang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda awal lansung sehinggalah saat dia mengandung anak ke4. Dia langsung tak tahu yang dia sada barah payudara yang sangat aggresif. Dan seperti yang kita semua maklum, sel-sel barah akan merebak dengan sangat cepat sewaktu sesorang itu sedang mengandung disebabkan oleh hormon. Dan tak hairanlah selepas beberapa bulan mengandung, barah klien saya terus meningkat ke peringkat 4. Peringkat 4 bermaksud sel barah telah merebak di kebanyakkan organ utama di dalam badan. Subhanallah, besar ujian untuk beliau.

Beliau menolak untuk diberikan apa-apa rawatan, tiada kemo tiada ubatan hospital kerana beliau berniat untuk meneruskan kandungan sehingga di lahirkan. Sebab beliau tahu kandungan yang ke4 ni ialah bayi perempuan selepas 3 anak lelaki sebelumnya. Masyaallah besar pengorbanan beliau. Beliau meneruskan kandungan berbekalkan ubatan alternatif dari sumber alami.

Ubat-ubatan yang perlu beliau makan terlalu banyak, nanti saya akan share gambar ubat-ubat yang beliau gunakan. Syukur saya berjaya dapatkan claim untuk penyakit barah beliau itu, sekurang-kurangnya dapat beliau gunakan untuk membeli ubatan yang sangat banyak itu dan yang pasti memakan belanja yang agak besar. Lebih kurang Rm10,000 sebulan untuk ubat-ubat yang dia tunjuk pada saya. Penuh satu meja makan! Dan beliau sanggup lakukan semua ini demi anak. Masyaallah, anak-anak beliau pasti sangat bangga ada ibu yang sebegini tabah.Akhirnya bayi selamat di lahirkan secara normal, tapi tak cukup bulan.

Alhamdulillah bayi sangat sihat dan comel. Pasti akan menjadi kesayangan buat abang-abang.

Ini antara kepentingan untuk dapatkan insurans dalam bentuk pampasan. Boleh digunakan sebagai tujuan rawatan, untuk beli ubatan, juga kos-kos sampingan yang ada macam kos perjalanan, medical check up di hospital swasta untuk pendapat kedua, dan pelbagai kos sampingan. Semua itu tak perlu ganggu duit simpanan yang sedia ada. Klien saya pergi menunaikan umrah tak lama selepas melahirkan anak. Syukur alhamdulillah. Banyak kegunaan duit pampasan yang dapat tu.

Saya kagum dan bangga dengan keperibadian klien saya yang sorang ni, walaupun dia sedang sakit dan berjuang dalam barah, beliau sentiasa boleh tersenyum, Dan saya pasti tiada sapa sangka yang beliau seorang pengidap barah. Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Insyaallah

Biiznillah

Pn.rinaharyati

Perunding Kewangan


No comments:

Post a Comment