Saturday, January 7, 2017

Ebook Asas Blog Penulisan

Ebook Asas Blog Penulisan

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Secara peribadi, saya telah beberapakali create blog. Dari zaman anak masih sorang sampai la sekarang anak tiga. Dari medium blog percuma sehinggala sampai tahap beli domain dengan harga ratusan ringgit. Saya sangat bercita-cita tinggi. Hehe

Tapi kesemua blog yang saya create, senyap begitu sahaja. Biasanya cuma ada satu atau dua entri sahaja. Bayangkan kalau saya bina rumah, mesti banyak yang terbengkalai. Tapi berbalik pada cerita blog ni, saya sebenarnya berjaya kenalpasti di mana kesalahan saya. Secara amnya, bukan sahaja blog, apa sahaja yang kita buat, adalah penting untuk kita berguru atau ada mentor supaya kita sentiasa di jalan yang benar dan tidak tersasar atau en route ke tempat lain.

Saya setuju, info untuk set up sesuatu blog boleh di akses dengan sangat mudah secara online dan free, tapi percayalah kita akan sampai satu tahap di mana kita akan terlebih informasi sampai akhirnya kita jadi bertambah sesat. ‘Information overload’. Pelbagai cara dan platform yang boleh di guna oleh beginner untuk create blog tapi pengakhirannya kita susah untuk pilih dan penyudahnya masuk dalam klasifikasi tangguh, maka dalam kes saya, tertangguh selama bertahun-tahun lamanya. Untuk pilih template dan side bar sahaja pun ambik masa beberapa hari, itu belum lagi fikir untuk pengisian entri blog. Sudahnya saya jadi letih dan blog masih terus 'under construction'.

Di rezekikan Allah ternampak iklan Kelas Online Asas Blog. Ya, silakan belajar dari asasnya dahulu. Menariknya kelas ini,tema dan fokus blog akan diberikan berdasarkan analisa. Bukan sakadar syoq sendiri. Kenapa perlu tahu tema dan fokus blog? Kerana inilah asasnya, macam tiang sebagai asas sesuatu bangunan. Rumah yang di dekorasi maha cantik sekalipun jika asasnya tak kukuh, nasib tak baik boleh runtuh.

Kami diberikan ebook sebagai salah satu sumber rujukan da isi kandungan pertama di ebook ini adalah berkenaan analisa utama dan yang paling asas; pengenalan diri seperti nama, jenis pendidikan, pengalaman kerja dan pengalaman bisnes (kalau ada), yang paling penting ialah minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Semua ni perlu di analisa untuk pastikan perjalanan blog lebih lancar dan teratur. Ini dipanggil penjenamaan diri, atau ringkasnya bertindak seperti name card elektronik yang dapat di akses secara online. Memudahkan pelanggan atau bakal pelanggan berurusan dengan kita kelak.

Tergantung pada tujuan utama kita berblog, samada berkongsi minat dan kemahiran atau hendak mengasah bakat menulis atau sekadar memperkenalkan produk atau perkhidmatan pada bakal pelanggan. Setiap orang punya matlamat dan objektif yang berbeza dan penulisan harus sesuai dengan matlamat dan objektif peribadi sesorang. Bukan sekadar syok sendiri. Pastinya gaya penulisan bakers berbeza sama sekali dengan gaya penulisan tailors. Begitu juga gaya penulisan seorang guru dibandingkan gaya penulisan seorang ejen insurans walaupun kedua-duanya mempunyai objektif untuk menyampaikan info dan berkongsi tips . Saya pasti setiap orang akan mendapat ilmu yang berbeza mengikut individu dari ebook ini

Setelah habis baca ebook ni. kita akan jadi lebih teratur dan sistematik. Macam work station kita yang bersepah-sepah (saya la tu), lepas dapat guideline dari mentor dan info dari ebook ini, semuanya lebih tersusun dan terletak elok. Organized!Saya suka. Pemikiran lebih tenang dan idea menulis mengalir lebih laju dan lancar.

Penting untuk mewujudkan penjenamaan diri di blog, kerana kita akan lebih mudah menjejaki pelanggan dari trafik yang datang ke blog. Dan kemudian kita boleh bina hubungan dengan trafik di Facebook, jadikan mereka kawan dan juga pelanggan. Hubungan yang baik antara kita dan pelanggan akan meningkatkan trust. Besar nilai sesebuat trust itu

Saya pasti setiap dari kita selalu gunakan carian google sebagai salah satu sumber informasi utama, saya sendiri secara peribadi akan rujuk google dahulu dan kemudian baru bertanya pada orang lain sebagai pendapat kedua. Jadi,kita kena pastikan entri-entri kita di blog sesuai dan menepati carian di internet. Ada keyword yang kita perlu kenalpasti untuk pastikan entri atau blog kita mesra carian. Kesemua ini ada dikongsikan dalam ebook.

Antara ciri-ciri blog yang bagus adalah jenis blog perpengaruh seperti blog berkenaan resepi masakan dengan gambar-gambar yang menarik. Blog yang mempunyai gambar yang menarik akan seringkali mendapat perhatian. Boleh juga jadikan blog sebagai medan aura positif dengan kata-kata membina. Tukarkan aura negative kepada ayat-ayat yang lebih positif akan mempengaruhi pembaca untuk datang lagi berulang kali. Kuasai tajuk-tajuk blog. Sentiasa isikan dengan tambahan info atau maklumat. Walaupun ringkas tapi berterusan. Selalu update tips mudah yang ada dalam fikiran. Lama kelamaan blog akan dipenuhi informasi dan pembaca akan datang lagi dan lagi.Blog yang sentiasa ada update dan penuh berinformasi akan membuatkan pembaca untuk terus datang (re-visit) dan bertambah hebat akan jadikan blog kita sebgai sumber rujukan.

Secara peribadi saya sendiri suka blog-hopping ke blog yang punya aura positif. Menenangkan dan penuh informasi. Insyaallah saya sangat berharap blog yang sedang saya bina ini punya ciri-ciri aura positif yang boleh membantu atau memberi sedikit idea dan informasi dari pengalaman saya yang mungkin berguna buat rakan-rakan di luar sana.

Biiznillah

Pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

No comments:

Post a Comment