Thursday, January 12, 2017

Elaun Bersalin untuk Menghargai Wanita

Elaun Bersalin untuk Menghargai Wanita

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Selalu bila orang sebut pasal insurans kan, apa agaknya yang biasa terlintas di fikiran? Berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang insurans, orang cuma akan kaitkan insurans dengan medical card. Ya, cuma MEDICAL CARD.

Kenapa? Apa sebabnya?
Yang tu saya kurang pasti. Mungkin sebab orang cuma akan ingat pada insurans setiap kali mereka sakit. Atau mungkin juga kerana setiap kali mereka berniat nak admit ke hospital swasta, dan tak berhasrat nak keluarkan duit sendiri. Insurans bukan sekadar itu ye kawan-kawan. Scope insurans tersangatlah besar dan tidak terhad cuma pada medical card sahaja. Lain-lain kepentingan insurans akan saya ceritakan pada entri yang lain ye.

Dia antara kelebihan insurans yang mungkin ramai yang masih belum sedar ialah, insurans melindungi kepentingan wanita, atau yang kami sering sebut sebagai Woman’s Plan. Insurans ni direka khas bagi melindungi kepentingan dan asset wanita.

Apa kelebihan yang ada pada wanita yang tak mungkin ada seorang pun lelaki dapat merasa pengalaman tu?
Betul, wanita mampu mengandung dan melahirkan. Walaupun susah, sakit dan penat, kita wanita masih mampu tersenyum selepas melahirkan anak kan? Tu belum dikira perasaan berdebar sewaktu bertarung nyawa antara hidup dan mati. Setuju? Kita wanita siap boleh produce kilang susu lagi untuk bayi. Lelaki mana boleh. Eh, dah macam wanita vs lelaki pulak

No, bukan itu maksud saya, dengan pelbagai kelebihan yang ada pada wanita, kita wajar reward diri kita sendiri selepas berpenat lelah bertarung nyawa kan?

Sebab itu, kami wujudkan Woman’s Plan ni untuk bagi peluang pada wanita untuk reward diri mereka sendiri.

Macam dengar je orang tanya, "macamana tu?"


Begini, setiap wanita pasti akan mengandung, jadi kami beri peluang kepada wanita untuk claim elaun setiap kali mereka bersalin. Ya, elaun tu akan dapat asbab bersalin. Dengan syarat bersalin mestilah di hospital. Kalau homebirth tak dikira kerana kriteria utama untuk dapatkan elaun untuk bersalin tu mestilah bersalin di hospital. Elaun akan di bayar mengikut jumlah malam stay di hospital selepas bersalin. Setiap satu malam akan diberi elaun setinggi RM600 dan maksimum jumlah malam yang layak untuk claim adalah sebanyak 5 malam.


Hospital Swasta vs Hospital Kerajaan

Di hospital mana sekalipun yang anda pilih untuk bersalin, tak menjadi masalah asalkan hospital yang berdaftar. Hatta hospital swasta kecil sekalipun, cuma saya cadangkan ibu-ibu yang nak bersalin, pilihla hospital yang punya fasiliti yang lengkap dan ada doktor pakar yang boleh bantu saat –saat kecemasan. Bukan sekadar ada doktor yang bersedia untuk sambut bayi sahaja. Kebanyakan hospital kecil, terutamanya yang menyewa di lot kedai tidak ada pakar kanak-kanak dan tiada persediaan bank darah sekiranya diperlukan. Tapi ini bukanlah syarat untuk dapat elaun, cuma pandangan saya sebagai seorang ibu yang ada 3 anak yang dilahirkan secara pembedahan.

Ada yang bertanya,
"sepanjang tempoh mengandung ada tak apa-apa perlindungan yang berikan?"

Ya ada, kita akan melindungi 3 keadaan semasa mengandung, iaitu sekiranya berlaku situasi mengandung di luar rahim, bayi (fetus) yang meninggal di dalam perut, atau sekiranya berlaku tumpah darah pada ibu mengandung (DIC).

"Kalau keguguran bagaimana?"

Ya keguguran juga boleh dapat pampasan sehingga RM10,000 mengikut pakej plan perlindungan yang ibu-ibu ambil. Perincian untuk pakej keguguran tu akan saya cerita dengan lebih detail di entri yang akan datang.

Perlindungan tidak terhenti setakat itu sahaja, plan ini juga memberi perlindungan pada bayi yang dilahirkan, sekiranya bayi itu di dapati ada salah satu dari 3 penyakit ini, iaitu Down Syndrome, Spina Bifida atau Jantung berlubang yang telah disahkan oleh Doktor bertauliah. Dan waktu mendapat pengesahan Doktor itu, anak hendaklah berumur tidak lebih dari 2 tahun.


Untuk pengetahuan, kami ada banyak kes yang melibatkan penyakit bagi kanak-kanak ini terutamya penyakit Down Syndrome. Ada di antaranya di diagnose oleh doktor berpunca dari alam sekitar. Jadi ibu-ibu pastikan anda mengambil berat kesihatan diri semasa mengandung. Pastikan pengambilan makanan yang sihat dari sumber alami dan sentiasa amalkan gaya hidup sihat. Untuk makluman ibu-ibu, anak yang mempunyai penyakit pra-kelahiran ini, atau dikenali sebagai congenital birth, pihak insurans tidak dapat menawarkan apa-apa perlindungan kepada mereka kecuali jika ibu bapa telah sedia ambil plan sebigini lebih awal, iaitu sebelum anak dilahirkan.

Apa lagi aset-aset wanita yang di lindungi?

Plan ini juga melindungi apa sahaja asset wanita sperti, serviks, vulva, payudara, ovari, tiub fallopio dan banyak lagi. Perlindungan yang diberikan ialah dalam bentuk pampasan sekiranya terkena penyakit kanser. Kanser adalah penyakit yang paling di takuti dan juga yang paling tinggi kadar kematian setakat ini. Pampasan yang akan diberikan adalah dalam bentuk tunai. Dan saya sendiri ada client yang menggunakan wang pampasan tu untuk membeli ubatan alternatif yang sangat mahal harganya.

Ini cuma sebahagian dari benefit yang ada dalam plan perlindungan khas untuk wanita. Reward la diri anda kerana anda patut berbangga di beri peluang untuk untuk merasai pengalaman untuk melahirkan. Tak semua berpeluang untuk ada pengalaman ni. Pastikan anda berkongsi entri ni pada suami masing-masing supaya mereka tahu ada sesuatu yang menarik dan boleh di hadiahkan pada pasangan mereka demi menghargai pengorbanan si isteri.

Secara peribadi saya percaya, isteri tak mengharapkan hadiah atau recognition dari suami. Cukup lah sekadar kasih sayang dan perhatian suami. Kalau suami dapat ringankan tangan membantu menguruskan rumah setiap hari pun dah tersangat bersyukur.

Tapi subhanallah, anak merupakan ganjaran paling istimewa dalam hidup setiap pasangan. Jagalah dan didiklah anak itu sebaiknya dan sesuai dengan zamannya. Semoga kita semua beroleh anak soleh dan solehah sebagai harta yang akan di bawa bersama selepas kematian kita, insyaallah.

Biiznillah

Pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan



No comments:

Post a Comment