Monday, January 16, 2017

Gaya Hidup Sihat

Gaya Hidup Sihat

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Saya seorang yang sangat meminati aktiviti fizikal. Dari zaman sekolah lagi minat saya terarah kepada aktiviti fizikal ni. Saya suka berkhemah, hiking, cycling dan macam-macam lagi aktiviti sukan. Cuma, yela sebagai anak perempuan, biasanya mama tak lepas la anak dara dia pergi berkhemah. Risau katanya. 

Saya ingat lagi masa dia tingkatan 4, masa tu baru wujud program Rakan Muda. Aktiviti pertama di Kulim ialah aktiviti perkhemahan. Setiap hari saya mintak pada mama supaya dapat izinkan saya pergi berkhemah dengan kumpulan rakan muda ni. Dan mama tetap bertegas tak boleh.

“Bolehla mama, ramai kawan-kawan pun pergi jugak”

“No! no! no!”

Sampai tahap, saya bukak mulut je, baru niat nak tanya mama dah terus jawab ‘tidak!’. Hehehe. Ok, over!

Akhirnya, saya dapat satu idea yang dapat melembutkan hati mama. Saya ambil satu hari, kemas satu rumah, terutama sekali dekat kawasan dapur, saya mop lantai, susun atur semua barang, lap habuk-habuk, keluarkan semua pinggan mangkuk dan lap, Macam tu jugak sudu, garf, pisau dalam laci tu semua saya keluarkan, lap sampai berkilat dan susun balik sekemas-kemasnya. Dan hasilnya, tadaa…akhirnya mama setuju. Alhamdulillah. Cair mama bila balik keja tengok dapur dia berkilat-kilat. 

Strategi kan?

Tapi malangnya, hari yang sepatutnya ada perkhemahan tu hujan, jadi cuma budak lelaki yang dibenarkan berkhemah, the girls kena menumpang rumah fasilitator je. Sedih!

Bila dah besar ni, tak jumpa pula geng yang suka berkhemah, tapi ada rezeki join geng yang suka bersukan. Maka, kerap la kami jumpa di hujung minggu, hiking, jogging, weight training. Seronok sangat ada group yang sangat supportive. Ada je aktiviti yang di cadangkan untuk join, dan tahun lepas saya dengan bangganya join marathon 10km di Shah Alam. Jauh saya bermarathon sampai ke Selangor. Hehe

Malaysia Woman Marathon – 10km. 

Route adalah sekitar kawasan sekitar Shah Alam bermula dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, mercu tanda yang sangat terkenal di Shah Alam tu. Berlarian la kami bermula pukul 630 pagi. Syukur juga garis mula tu betul-betul disebelah masjid, Senang nak solat subuh dan terus siap berlari.

Pengalaman pertama untuk 10km sebenarnya, Sebelum ni cuma buat fun run sahaja. Agak penat, tapi disebabkan route marathon ni menggunakan jalan yang landai, jadi tidakla terlalu penat.

Tips untuk marathon, pastikan anda makan sebelum mulakan marathon. Pilih yang tinggi protein sebab protein akan buat anda rasa kenyang dengan lebih lama. Kurangkan makanan atau minumam bergula sebab gula akan menyebabkan anda cepat lapar dan jadi kurang bertenaga.

Station untuk air ada banyak, tapi saya prefer bawak air botol kecil, in case tiba-tiba dahaga sangat sebelum sampai station air yang seterusnya.

Pastikan pemilihan kasut yang baik, ini untuk menjaga kesihatan kaki. Ada kawan saya yang terhencut-hencut 2 hari disebabkan kaki cedera akibat salah pilih kasut. Penting tau, kaki tu nak pakai lama lagi.

Sediakan juga muscle cream untuk sapu pada otot-otot kaki selepas selesai marathon. Untuk sesiapa yang kategori jarang bersenam, penting untuk sapu krim ini untuk kurangkan stress pada otot yang baru bekerja 'extra hard' untuk marathon tadi.

Saya bukan pelari marathon professional, itu sekadar pandangan dari pengalaman saya sendiri. Perasaan selepas berlari tu sangat seronok, sukar nak digambarkan. Marathon boleh buat anda ketagihan untuk terus berlari je. Selain dari gaya hidup sihat, boleh hilangkan stress juga.

Dalam hidup ni kita perlu seimbang, sentiasa pilih makan yang sihat, gaya hidup sihat, tak dapat marathon, bersenam 3x seminggu pun dah ok. Selain dari itu, jangan lupa bagi perlindungan pada diri juga. Diri kita, dan kesihatan kita milik Allah. Jagalah amanah Allah ni sebaik-baiknya. Sentiasa bersedia dalam apa keadaan. 

Kalau anda belum ada apa-apa perlindungan insurans, boleh hubungi saya melalui email. Insyaallah saya terangkan dengan lebih lanjut. Kecederaan waktu bersukan juga boleh dilindungi dengan insurans. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan. merangkap ejen insurans yang suka bersukan

Muka bahagia lepas selesai 10km marathon pertama kali dalam hidup




No comments:

Post a Comment