Monday, January 30, 2017

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20

Guru terima sumbangan takaful SSPN-i Plus RM170,037.20 


Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com


Baru-baru ni, ada satu family yang di timpa musibah.Ya sangat sedih sebab si ibu meninggalkan 6 orang anak yang sedang membesar. Tiada yang lebih menyedihkan bila ibu meninggal di saat anak-anak mash memerlukan. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk mereka, insyaallah. 

Disebalik kesedihan tu, alhamdulillah ada berita gembira buat anak-anak. 



"Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad lalu. Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas 22 Januari lalu. Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya. "Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan. "Pada waktu itu, saya memang tidak terfikir langsung mengenai manfaat perlindungan yang bakal diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal simpanan pendidikan masa depan anak-anak," 
"Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata melalui skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful (kematian akibat kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun anaknya. "Selain itu, tambahan khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai tunai bagi simpanan takaful dengan jumlah keseluruhan RM37.20". (sumber BH Online)
Simpanan RM30 sebulan atau bersamaan dengan RM1 sehari sangatlah mampu milik untuk setiap keluarga. Manfaat yang diberikan dari plan simpanan ini jauh lebih bernilai dari RM1 yang anda simpan. Untuk pakej simpanan RM30, manfaat untuk kematian akibat kemalangan adalah RM40,000. Manfaat untuk kematian adalah berbeza mengikut nilai pakej yang di ambil.

Duit ringgit tidak mampu untuk menggantikan kehadiran anda tapi sekurang-kurangnya manfaat yang keluarga anda terima mampu untuk meringankan beban keluarga anda. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

No comments:

Post a Comment