Thursday, January 12, 2017

Health Declaration, apa kepentingannya?

Health Declaration, apa kepentingannya?

Teks: Rina Haryati Binti Ibrahim


reenrinaharyati.blogspot.com

Bagi sesiapa yang pernah memohon plan insuran pasti pernah ada pengalaman mengisi borang. Borang ni di kenali sebagai proposal form. Perlu di isi di peringkat awal permohonan.

Biasanya proposal form ni diisi oleh ejen, di depan klien. Yela kalau jadi ejen kenala servis klien kan, Jadi tak tak perlulah klien terbelek-belek isi borang. Mudahkan klien, sebab ejen setiap hari memang buat kerja isi borang yang sama. Dah mahir pun.

Salah satu bahagian penting dalam borang, selain isi nama, jawatan dan alamat, ialah bahagian deklarasi kesihatan. Deklarasi kesihatan bukan sekadar nak maklumat tinggi dan berat. Dekalarasi bermaksud anda perlu berterus terang dan cerita kesemua tahap kesihatan anda. Saya pernah ada kes klien salah declare berat. Berat sebenar tak sama masa berat di borang. Besar kesannya bila salah declare ni.

Pernah ke klinik untuk tujuan selain demam atau selsema biasa? Contohnya sakit belakang, yang mungkin menunjukkan tanda-tanda awal masalah tulang belakang ataupun masalah darah tinggi. Pening-pening, mungkin juga adalah tanda awal darah tinggi. Kerap ambil cuti bekerja disebabkan migrain. Semua informasi ni penting untuk kami declare pada syarikat supaya tiada masalah di masa hadapan.

Sekiranya anda declare, tidaklah bermaksud syarikat insurans akan menolak permohonan anda. Insurans tidakla sekejam itu, cuma underwriter (orang yang bertanggungjawab meneliti permohanan dan risiko yang anda ada atau bakal dapat) perlu take note sejarah kesihatan anda sebelum meluluskan sebarang permohonan.

Paling tidak akan mintak anda buat pemeriksaan kesihatan atau medical check up di klinik -klinik panel syarikat insurans. Medical check up ni tak akan dikenakan sebarang bayaran. Jadi on the bright side, anda dapat tahu tahap kesihatan anda yang terkini secara percuma. Yeay!

Saya faham, memang ada sesetengah ejen yang mungkin tidak memberatkan bahagian soalan kesihatan ni, itu terpulang pada mereka. Tapi anda sebagai consumer perlu ambil tahu tentang informasi ni dan inform ejen anda. Prinsip saya, biarlah susah di peringkat awal permohonan, jangan susah masa nak buat claim nanti pulak.

Kenapa susah? Sebab kami sebagai ejen kadang-kadang perlu beli dan dapatkan laporan dari hospital atau klinik. Dan biasanya laporan dari hospital bukan swasta mengambil masa yang sangat lama untuk dapat. Pernah berbulan-bulan menungu dan entah berapa kali follow-up baru dapat! Tidaklah namanya merungut, kerana ini memang sebahagian tugasan kami. Cuma penting untuk klien atau bakal klien tahu betapa pentingnya health declaration itu.

Di lain entri saya akan ceritakan apa akibatnya kalau ada informasi yang anda sembunyikan berkaitan dengan kesihatan. Apa akan terjadi pada permohonan claim anda.

Saya percaya dengan cara kerja yang betul dan ikhlas, kita akan mendapat hasil dan rezeki yang barakah juga, Insyaallah.

Biiznillah

Pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan. Jujur dan Amanah


No comments:

Post a Comment