Saturday, January 28, 2017

Hibah Dalam Insurans Takaful

Hibah

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim


reenrinaharyati.blogspot.com


Hibah adalah pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembagian dilakukan pada waktu penghibah masih hidup juga.

Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. 

Hibah adalah pemberian. 
Wasi adalah pemegang amanah. 
Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.

Peserta mendapat sejumlah wang pampasan sekiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan. Sekiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya. Maka isteri itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan. Ini kerana hibah/pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah) Maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.
Permasalahan isu pembahagian harta mengikut penama, wasi dan hibah kadang kala boleh menjadi rumit. Ini disebabkan terdapat perundangan civil dan perundangan syariah dalam mengendalikan kes. Banyak juga faktor yang mendorong pertindihan kuasa dalam perlaksanaanya.
Kita sedia maklum, bila kita bincang mengenai harta pusaka, kita mesti akan ingatkan Faraid. Menurut Yang Arif Dr Hj Mohd Na'im, faraid adalah jalan terakhir untuk dilaksanakan. Dan faraid itu sendiri ada pro dan contra. Kenapa hibah diketengahkan pada zaman ini? Ini kerna ada beberapa konflik dalam pembahagian harta. Untuk mengelakkan dari berlaku, hibah di kenalkan. 

Maksud Hibah

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Berdasarkan definisi hibah, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:-

(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak. 
(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. 
(v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan. 
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu. 

Hukum Hibah

Berdasarkan kitab Al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, Jilid 5, karangan Prof. Dr Wahabah Al-Zuhayli, cetakan Dar Al-Fikr, tahun 1997 muka surat 3981berkenaan hukum hibah adalah sunat yang digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut: 

Rukun Hibah

1. Pemberi Hibah (Al Wahib)
2. Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)
3. Benda yang dihibahkan (Al-Mauhub)
4. Tawaran dan penerimaan (Sighah)

Syarat-syarat sah Hibah

1. Pemberi Hibah (Al Wahib)

  • Pemilik barang yang dihibahkan 
  • Tidak dihalang oleh halangan tertentu
  • Sempurna akal, Baligh (kanak-kanak tidak mempunyai keahlian) dan rushd.
  • Secara sukarela
  • Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak. 

2. Penerima Hibah (Al-Mauhub lahu)

  • Sesiapa sahaja boleh menerima asalkan berupaya menerima Hibah
  • Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. 

 3. Benda yang dihibahkan hendaklah barang atau harta yang halal.  

  • Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.  
  • Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
  • Boleh diserah milikkan.
  • Benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
  • Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.
4.  Penawaran dan penerimaan (Sighah iaitu Ijab & Qabul)

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 

  • Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.  
  • Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.  
  • Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. 
  • Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya. 
  • Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.
  • Secara praktik mengikut undang-undang Shariah Di Malaysia, dokumentasi amat penting bersama 2 orang saksi untuk elak dari "dispute".
  • Dalam kontek Takaful, Ijab dan Qabul harus berlaku bersama dengan penerima (beneficiary). Jika penerima tiada disitu, digalakkan mempunyai 2 orang saksi atau sms,whats app atau telefon penerima untuk aktivit Ijab dan Qabul dijalankan. Dan memandangkan Takaful berbentuk dokumentasi dan kontrak, Hibahnya adalah sah.
Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan HLMT

Image result for hibah


No comments:

Post a Comment