Sunday, January 8, 2017

Ibu dan Hari Pertama Persekolahan

Ibu dan Hari Pertama Persekolahan

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

1hb yang lepas merupakan hari pertama untuk penggal persekolahan bagi tahun 2017. Kami di Kedah tak ada istilah tahun baru sebab kami ambik cuti 1 ramadhan.

Dah lebih sebulan ibu bersenang lenang setiap pagi . Sentiasa ada my own sweet time untuk sediakan sarapan pagi sebelum keluar bekerja, tapi hari ni ibu perlu awal. Anak yang sorang tu, semenjak balik dari kem cuti sekolah haritu punya azam tahun baru yang menyejukkan hati ibu. Tiap-tiap pagi kena gerak dia seawall pkul 5 pagi. Mengantuk juga ibu bangun awal-awal ni, walaupun cuma sekadar sejam lebih awal dari biasa. Tapi anak nak berubah, ibu juga perlu berubahkan? Ok, lapangkan hati.

Tiga orang anak, 3 pit stop yang berbeza tapi mujurla sekolah masing-masing tak jauh sangat jarak anatara mereka. Tahun ni bukan kali pertma ketiga-tiga mereka bersekolah. Jadi ibu tak perlulah bercuti panjang untuk teman anak-anak ni ke sekolah, cuma ibu sedikit berdebar dengan anak sulung yang istimewa tu. Sifat malu dia tu buat dia takut untuk cakap dengan cikgu kalau nak ke tandas. Jadi untuk permulaan ibu bercadang untuk latih dia ke tandas setiap pagi sebaik sahaja sampai di sekolah. Semoga Allah izikan anak sulung ibu sentiasa berani dan sentiasa ingat untuk ke tandas setiap hari. Mohon kawan-kawan yang baca blog ini juga doakan ye.

Hari sekolah anak juga merupakan hari kerja untuk ibu. Harini ni ibu ada 3 temujanji dan kesemuanya pada waktu petang. Walaupun semua temujanji di sekitar kawasan Kulim sahaja tapi agak mencabar jugak untuk ibu atur masa supaya setiap ibu sampai di setiap temujanji tepat mengikut masa yang dijanjikan. Tapi ibu pasti boleh!

Pada malam harinya kami semua termasuk siti (baca: nenek) menghadiri kenduri di Dewan Millenium, Bertam. Cantik betul pengantin, teringat masa ibu kenduri dulu. Hehehe. Tapi sayang, kami cuma sempat menikmati makanan yang sedap-sedap tapi tak berkesempatan untuk bergambar dengan pengantin sebab anak-anak ibu semua jenis tidur awal. Lagipun esok sekolah, anak-anak belum siapkan baju dan beg untuk ke sekolah esok, jadi kami pulang lebih awal.

Overtime lagi ibu malam ni mengenangkan ada lagi seluar sekolah anak yang belum di potong kaki seluar yang panjang tu. Ibu kena tambah satu lagi azam tahun baru nampaknya, sentiasa buat persediaan lebih awal.

Biiznillah

pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

No comments:

Post a Comment