Sunday, January 29, 2017

Jenis-jenis Insurans

Jenis-jenis Insurans

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Kita selalu dengar tentang pelbagai jenis insurans tanpa betul-betul faham ciri-ciri dan skop perlindungan insurans tu sendiri. Sebenarnya ada 2 jenis insurans yang utama iaitu Insurans Hayat dan Insurans Am. Kedua-dua polisi adalah sangat berbeza dan memberi perlindungan dari aspek yang berlainan dalam kehidupan.

Insurans Hayat

Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, contohnya seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.

Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.


Risiko yang dilindungi di bawah Insurans Hayat ialah :

  • Kematian yang berlaku sewaktu tempoh polisi
  • Pendapatan yang berterusan semasa tempoh persaraan
  • Sekiranya terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal
  • Hilang upaya yang disebabkan sakit atau kemalangan
  • Sakit Tua
  • Simpanan untuk pendidikan anak-anak
  • Sebagai persediaan untuk simpanan perubatan di saat sakit dan kecemasan

Produk utama Insurans Hayat ialah :
  • Polisi seumur hidup
  • Polisi endowmen
  • Polisi bertempoh
  • Polisi berkaitan pelaburan
  • Polisi anuiti
  • Polisi berkaitan perubatan dan kesihatan

Insurans Am

Insurans am pula merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah untuk tempoh setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus. 

Risiko yang dilindungi oleh Insurans Am ialah :
  • Kerugian harta benda, contohnya seperti kecurian kenderaan atau kebakaran rumah
  • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan pada pihak ketiga disebabkan oleh kecuaian anda.
  • Kematian akibat kemalangan atau sebarang tuntutan manfaat atas kecederaan akibat kemalangan

Produk yang melibatkan Insurans Am termasuklah :
  • Polisi motor
  • Polisi kebakaran
  • Polisi Kemalangan

Nah itu adalah jenis-jenis Insurans yang ditawarkan, dan Insurans Hayat adalah perlindungan menyeluruh dan komprehensif untuk diri anda dan keluarga

Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for life insurance vs general insurans

No comments:

Post a Comment