Saturday, January 28, 2017

Kenapa Perlu Hibah?

Kenapa Perlu Hibah?

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim

reenrinaharyati.blogspot.com

Pengertian Hibah Menurut Hukum Islam bermaksud pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pemberian biasanya dilakukan pada waktu penghibah masih hidup.

tapi 

Kenapa Perlu Hibah?

Hibah wujud untuk mengelakkan konflik pembahagian harta. Punyalah banyak kes-kes yang tiada kesudahan di Mahkamah Shariah. Jangan terkejut jika kes-kes yang berkaitan dengan harta pusaka ini boleh diperturunkan ke anak cucu cicit kita nanti. Antara konflik yang seringkali terjadi dalam pembahagian harta:

  • Tidak dapat memberikan harta kepada anak angkat. Kerana jika guna wasiat, harta yang ada hanya     boleh diwasiatkan 1/3 sahaja. Sedangkan, pemberi hanya ada seorang sahaja anak iaitu anak angkatnya.
  • Hanya mempunyai anak perempuan
  • Tidak berpuas hati pembahagian di bawah Hukum Faraid. Ini sering terjadi diantara anak lelaki dan anak perempuan.
  • Tiada waris atau mereka yang layak menguruskan harta
  • Hanya mempunyai anak bawah umur dan tidak mampu menguruskan harta. Ini pentingnya ada public trustee atau pemegang amanah contohnya seperti as-Salihin.



Hibah Dari sudut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI). Juga dikenali sebagai IFSA 2013

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) (APKI 2013) telah mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013. APKI merupakan statut yang memansuhkan akta yang melibatkan Kewangan Islam di Malaysia, iaitu Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). APKI diluluskan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama dengan undang-undang konvensional yang berkaitan, iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) (APK 2013). APK 2013 juga mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013


  • Aplikasi konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19 Safar 1424:


  • Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah shariah


  • Berdasarkan Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa tertentu.


  • Penerima Hibah perlu menandatangan borang untuk di akui sebagai penerima hibah untuk sepanjang tempoh sijil takaful

Bagi yang dah ada polisi takaful boleh minta ejen review semula polisi anda. cek balik siapa yang anda hibahkan tu. masih valid lagi tak atau mungkin kena kemaskini baru. Yang terkini polisi takaful di HLMT juga membolehkan anda melaksanakan badal haji/qurban/wakaf selepas ketiadaan anda nanti. Boleh email untuk maklumat lanjut.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)


Insyaallah. Biiznilah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan HLMT
013.484.8586

Image result for hibah



No comments:

Post a Comment