Sunday, January 29, 2017

Kenapa Perlu Melindungi Hutang?

Kenapa Perlu Melindungi Hutang?

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Dah tau pasal pengurusan hutang? Kalau dah tau...dah mula buat planning tak?

Untuk yang belum tau pasal perlindungan hutang, mesti tertanya-tanya. Apa tu perlindungan hutang? Kenapa pulak nak kena lindungi hutang? Perlu ke?

Ok, sebagai pencerahan, perlindungan hutang tu maksudnya persediaan kita untuk pastikan komitmen dalam bayar balik hutang, bila kita jatuh sakit, lumpuh atau meninggal.

Cara melindungi hutang:
  1.  Ambil satu polisi insurans atau sijil takaful
  2. Pastikan jumlah perlindungan insurans atau takaful anda sama atau lebih dari jumlah hutang anda. 

          Ringkasnya:
          Sum Assured  > Total Loan (personal, rumah atau kereta)

      3. Letakkan nama penghutang sebagai penama takaful atau insurans.
         *penghutang -  contoh: bank, ah long, PTPTN, personal loan, loan rumah

      4. Tanda tangan surat perjanjian Pertukaran Hak Mutlak bersama setem hasil RM10 & sediakan
          salinan geran.
          *lakukan langkah ini dengan jika sudah ada polisi insurans atau sijil takaful

      5. Perlindungan siap untuk komitmen sedia ada.


Perlindungan hutang itu perlu sebab:

  1. Kemalangan & kematian adalah sesuatu yang tak dijangka
  2. Roh akan tergantung di antara langit dan bumi jika ada hutang belum langsai


يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Sumber: www.zaharuddin.net

Dan

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain.
Sumber: Portal Rasmi Jakim www.islam.gov.my/e-hadith

       3. Adakah kita yakin orang lain terutama ahli keluarga kita dapat bantu selesai kan hutang kita 
           bila kita meninggal dunia?
       4. Apabila kita meninggal, keluarga masih dapat tinggal dalam rumah dan kereta masih boleh 
           pakai tanpa risau. Sebab takaful/ insurans itu nanti yang akan tanggung hutang kereta 
           dan rumah tu.
      5.  Keluarga dah tak perlu risau untuk selesaikan semua hutang.

Ok sekarang dah boleh start kira hutang yang ada, dan dah boleh mula planning polisi apa yang anda boleh ambik untuk lindungi komitmen dan hutang paling besar yang anda.

Tak pasti polisi apa yang perlu ambik? Ada kemusykilan? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Insyaallah.

Biiznillah.

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan

Image result for protecting your debt or commitement

No comments:

Post a Comment