Thursday, January 12, 2017

Misi Mencari Kain dan Universitas Padjadjaran

Misi Mencari Kain dan Universitas Padjadjaran

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Semalam dapat peluang teman bonda shopping. Adik bongsu kami, insyaallah tak lama lagi akan tamat pengajiannya dalam bidang farmasi sekitar bulan Februari nanti. Bakal lulusan Universitas Padjadjaran ni melangkah ke bandung untuk melanjutkan pelajaran sekitar 4 tahun lepas. Masih si bongsu manja yang kami kenal, sama je tak ada beza. Cuma dah pandai cakap Bandung la sekarang.

Banyak kisah di sepanjang pengajiannya, bermula saat dia di tawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Bandung, waktu perniagaan kilang papa mula jatuh. Demi niat untuk menyokong anak untuk sambung belajar, papa buat sesuatu untuk pastikan dana yang cukup untuk adik meneruskan pelajaran untuk tahun pertama. Mungkin dana sebegitu tak banyak bagi sesetengah orang, tapi sangat banyak buat kami yang sedang di ambang ekonomi gawat. Bayaran adalah dalam mata wang USD. Rate conversion sahaja pun dah buat kami garu kepala. Tapi, being papa, dia tak akan berputus asa demi untuk menyokong cita-cita anak-anak.

Setiap tahun papa dan mama akan berusaha kumpul duit sebagai dana pelajaran adik bongsu di Bandung. Dan setiap kali cuti semester jugalah adik bongsu akan ke KL menghantar surat rayuan untuk medapatkan pinjaman bagi meneruskan pelajaran dia. Tapi agak malang juga kerana, bermula dari tahun adik mendapat tawaran sambung belajar, kebanyakkan Institusi kewangan seperti MARA dan JPA telah menghentikan pembiayaan menyambung pelajaran samada dalam bentuk biasiswa ataupun pinjaman.

Alhamdulillah, allah sentiasa bantu dan bukakan jalan. Walau terasa sedikit sempit, tapi sentiasa ada jalan yang Allah buka buat papa dan mama dapat rezeki untuk terus mengumpul dana untuk adik. Ye, ini memang betul-betul dana PAMA. Papa dan mama.

Saya rasa inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh mama dan papa. Saat adik bakal di anugerahkan ijazah. Mama dan papa pasti bangga dengan kejaayaan anak bongsu mereka. Walaupun sangat manja tapi alhamdulillah boleh terus survive di negara orang.

Jadi semalam saya dengan bangganya teman mama cari kain untuk buat baju baru sempena hari konvokesyen adik insyaallah pada bulan depan. Hampir satu hari, jelajah 2 buah kedai tekstil yang terkenal, Jakel dan Gulatis, berjalan dari satu tingkat satu tingkat mencari kain yang paling best dan istimewa. Yang sebenarnya mama sangat cerewet jadi boleh tahan la juga masa yang diambil untuk tunggu mama buat keputusan nak pilih kain yang menjadi pilihan hati. hehe

Saya hampir lupa nak ambik anak balik dari sekolah dek ralit dan sama naik teruja tengok material kain yang cantik-cantik. Nasib baik ada papa yang sangat sporting tolong ambikkan cucu. Siap belanja makan lagi. Risau sangat cucu dia lapar.

Subhanallah, bila difikirkan kembali, sebak juga mengenangkan pengorbanan mama dan papa dalam membesarkan kami anak-anak. Dari susah, sampai Allah uji dengan kesenangan dan sekarang kembali diuji dengan fasa susah. Insyaallah, selagi kami hidup, kami akan pastikan nasib mama dan papa akan sentiasa terbela. Kami akan lakukan apa sahaja demi menyenangkan hati mereka. Semoga Allah sentiasa memberkati usia mereka yang terdahulu dan usia mereka yang akan datang. Insyaallah.

Biiznillah

Pn.rinaharyati
Perunding Kewangan anak mama dan papa. Insyaallah solehah

No comments:

Post a Comment