Tuesday, January 17, 2017

Panduan Memilih Medical Card Terbaik

Panduan Memilih Medical Card Terbaik

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Setiap keluarga perlu ada medical card sebagai persediaan di waktu kecemasan. Medical Card perlu di ambil sebagai persediaan, maksudnya sebelum anda ada sebarang risiko atau penyakit ataupun sekadar tanda-tanda awal yang menjurus kepada penyakit yang merbahaya.

Kebiasaanya, syarikat swasta akan sediakan perlindungan buat pekerja, tertakluk semasa anda masih berstatus pekerjadi syarikat tersebut. Tapi sekiranya anda dah berhenti, secara automaik, perlindungan itu juga akan terhenti. Jadi penting untuk anda bersedia dengan ‘personal medical card’

Kerana walaupun medical card seolah-olah memberi gambaran yang anda ada ‘credit card’ yang dapat digunakan sekiranya anda  admit hospital, tapi medical card tidak berfungsi seperti credit card. Hanya sekadar perlu swipe.

Anda perlu tahu yang medical card punya terma yang dipanggil waiting period/ tempoh menunggu. Sepanjang tempoh menunggu tu anda tidak boleh ada sebarang rekod sakit selain sakit biasa contohnya seperti demam, kemalangan, cirit-birit dan sebagainya. Penting untuk anda mengetahui apa do’s and don’t’s bagi medical card. Maklumat terperinci akan saya kongsikan di entri yang lain.

Kenalpasti harga wad di hospital di sekitar area berdekatan

Ambil tahu harga wad di hospital-hospital. Maklumat berkenaan harga wad juga boleh didapati menggunakan carian Google. Anda perlu tahu, wad manakah yang menjadi pilihan anda sekiranya anda perlu admit ke hospital. Sama bilik personal atau 2-beded. Atau mungkin anda tak kisah sekiranya wad 4-beded sekalipun.
Sekiranya harga wad untuk medical card yang anda ambil tidak cukup, anda perlu membayar lebihan harga itu secara tunai atau pun boleh mohon untuk tolak deposit yang anda beri sewaktu pendaftaran.
Contohnya pakej medical card anda ialah penggunaan wad berharga RM200 untuk 1 malam, dan anda pilih untuk masuk wad berharga RM250. Jadi anda perlu topup jumlah perbezaan itu sewaktu discharge nanti

Had Tahunan

Had tahunan bermaksud had nilai medical card yang anda boleh guna pada tahun itu sehingga anniversary plan yang seterusnya.
Situasi:
Anda sign up untuk plan pada bulan May 2016. Had tahunan medical card anda ialah RM120,000 setiap tahun. Pada bulan November tahun yang sama anda telah menggunakan medical card tu sebanyak RM100,000, jadi sepanjang bulan Disember sehingga April 2017, anda cuma ada lebihan had sebanyak RM20,000 sahaja sekiranya anda perlu untk admit.
Walaubagaimanapun, had tahunan anda akan kembali ke RM120,000 pada bulan May yang seterusnya iaitu May 2017.
Had tahunan adalah kriteria penting yang sangat perlu anda pertimbangkan dalam pemilihan medical card. Sekiranya had anda untuk tahun tersebut telah habis, anda perlu menunggu anniversary month untuk barulah had tu akan di renew kembali
Dan sekarang, sudah ada plan yang memberi extra 1 juta had tahunan setiap tahun yang pada pendapat saya sudah lebih dari cukup. Boleh anda fikirkan bil untuk sakit apakah yang bakal bernilai 1 juta?
Boleh email saya untuk tahu bagaimana untuk mendapatkan medical card dengan had tahunan sebanyak 1 juta
Had Seumur Hidup Yang Besar
Had seumur hidup juga penting, cuma jika perlu di buat perbandingan, pastikan had tahunan yang tinggi dan munasabah sebelum anda review had seumur hidup.

Sekarang sudah ada banyak medical card dipasaran yang mempunyai had seumur hisup secara ‘unlimited’. Tiada had. Sangat menarik. Tapi perlu saya ingatkan, pastikan medical card yang anda ambil bersesuaian dengan kewangan anda dan keluarga anda.

Perlu diingatkan, medical card berfungsi untuk menjelaskan bil perubatan anda di hospital. Ya untuk bayar pada pihak hospital.

Betul, memudahkan anda untuk mendapat servis terbaik dari hospital tapi sekadar itu sahaja.

Elaun Wad


Saya pasti kalau anda seorang ahli perniagaan, sedikit sebanyak perniagaan anda terjejas sekiranya anda tidak dapat bekerja atau tidak dapat fokus dengan perniagaan anda disebabkan anda sakit.

Ataupun fokus anda terbahagi antara menjaga pasangan yang sedang sakit di hospital, menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama perlu keep track dengan perniagaan. Pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan perniagaan anda. Disebabkan itu saya sarankan anda ada Elaun hospital dalam plan insurans/takaful anda selain dari medical card sahaja

Elaun hospital adalah nilai elaun yang di bayar pada anda mengikut jumlah hari anda admit di hospital. Kalau elaun anda ialah RM300 sehari, katakan anda perlu admit selama 10 hari atas sebab kemalangan, contohnya, anda dah boleh dapat RM3,000 sebagai elaun wad.

Elaun wad bermaksud pengganti pendapatan sedia ada disebabkan sakit anda.

Faham serba sedikit kepentingan medical card dan elaun wad? Boleh bantu saya share artikel ni supaya lebih ramai orang tahu kelebihan medical card dan elaun wad.

Harapan saya semoga entri ini dapat memberikan gamabran sebenar penggu=naan medical card dan kepentingan elaun hospital. Semoga anda tidak keliru lagi. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan Mesra Anda


No comments:

Post a Comment