Wednesday, January 11, 2017

Pengalaman Bisnes Pertama yang Penuh Pengajaran - Kedai runcit

Pengalaman Bisnes Pertama yang Penuh Pengajaran - Kedai runcit

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Lepas berkahwin dalam usia24 tahun, atas cadangan dari papa, saya dan suami ambil keputusan untuk berniaga sendiri. Papa pun galakkan, katanya “don’t put all your eggs in one basket”


Masa tu dah ada kerisauan kalau-kalau bisnes kilang papa yang satu tu ada masalah. Habis sekeluarga hilang pendapatan.Papa memang macam tu, kalau boleh pergi bercuti ramai-ramai pun dia tak nak, takut kapal terbang terhempas katanya, habis meninggal sekeluarga. Subhanallah. Hehehe…kami pergi jugak bercuti sekeluarga. Insyaallah, baca doa banyak-banyak.

Setelah berbincang, saya ambik keputusan untuk bukak kedai menjual barangan sejuk beku. Antara produk-produk utama yang kami jual macam daging burger, bebola, hasil laut, ayam, daging import, kuih muih dan banyak lagi. Produk sampingan macam barangan keperluan harian dan makanan-makanan kering juga ada, cuma tidakla banyak.

Saya mula merangka unit-unit yang patut saya sediakan, berdasarkan pengetahuan saya semata-mata dan daripada pemantauan yang saya buat dari beberapa kedai yang menggunakan konsep yang sama. Chest freezer 6 biji, freezer 3 pintu 2 biji, dan saya sangatlah bercita-cita besar sampaikan cold room pun saya beli. Bayangkan berapa kos yang perlu saya ada untuk sediakan ke semua freezer tu tadi? Itu belum masuk bahan mentah perlu beli untuk dipenuhkan dalam freeer itu untuk jualan.

Sekadar gambar hiasan

Penilaian saya sewaktu saya ambil keputusan untuk buka perniagaan makan sejuk beku?

1.Kedai mesti di kawasan strategik
2.Barang mesti penuh dalam kedai
3.Stok mesti beli banyak dari pemborong untuk dapatkan harga murah. Jadi nanti bolehla saya jual secara murah

Cuma ini je justifikasi saya ketika tu. Maklumla tak pernah berniaga. Saya cuma bayangkan yang baik-baik saja.

Akibatnya?

1. Kawasan strategik yang jadi pilihan saya ialah kawasan perumahan baru yang rata-rata isi rumah berpendapatan sederhana dan golongan mewah. Sewa kedai sahaja dan mencecah RM3,000 sebulan disebabkan terpaksa sewa 1 lot kedai yang ada 3 tingkat. Dan kesilapan saya juga bila saya gagal dapatkan penyewa untuk tingkat atas. Kawasan baru, tak ramai orang berminat.

2. Kos overhead menjadi sangat mahal dengan sewa kedai yang tinggi dan bil elektrik yang mahal. Caj elektrik untuk bangunan komersil tak sama dengan rumah/domestik. Ditambah pula dengan penggunaan elektrik oleh cold room? (nota: cold room ialah store untuk simpanan makanan sejuk beku)

3. Kami tidak bersedia dari segi reserve duit dalam bank dan tak menjangkakan turn-over untuk perniagaan sebegini mengambil masa yang panjang. Nak break even pun susah nak jangka pada masa tu.

4. Dengan niat lokasi kedai berhampiran dengan lebuhraya akan menyenangkan sesiapa sahaja untuk berhenti dan singgah beli barang di kedai, ternyata sangkaan kami meleset sama sekali. Penghuni rumah di kawasan tu lebih gemar memilih untuk shopping keperluan dapur di Tesco dan Carrefour dengan perjalanan cuma 15min kalau guna lebuhraya. Di sana harga jauh lebih murah kerana sudah pasti harga kami akan kalah jika dibandingkan dengan pasaraya gergasi tersebut.

5. Stok banyak dan penuh kedai tapi tidak menjanjikan return rate yang tinggi. Pelanggan utama ketika itu cuma perniaga burger, dan selebihnya, penduduk sekitar cuma datang beli keperluan harian macam roti, telur, susu, minyak yang keuntungan sangat nipis. Nak bayar sewa kedai pun tak lepas apatah lagi nak tambah stok baru.

6. Sebenarnya, inilah yang akan berlaku kalau sesuatu keputusan tak di kaji dengan betul. Perlu ada kajian demografik yang teliti. Sesuaikan stok dengan keperluan masyarakat setempat bukan berdasarkan pengalaman orang lain di tempat lain atau sekadar syok sendiri.

Zaman tu belum ada Facebook untuk buat survey dan dapatkan permintaan. Hehehe.ok gurau!

Apa yang saya belajar?

Pastikan anda buat kajian dahulu sebelum memulakan sesuati perniagaan.

Modal yang besar tak menjanjikan keuntungan juga besar.

Bermulalah dengan modal yang kecil atau guna dahulu resources yang ada di sekeliling (tanpa perlu keluarkan modal) dan belajar selok belok perniagaan dahulu barula memulakan perniagaan terutamanya perniagaan berskala besar.

Kenali rival anda dan belajar juga strategi perniagaan mereka

Kesimpulannya,

Kami perlu ambil keputusan untuk convert perniagaan dari kedai sejuk beku ke kedai jualan barangan runcit untuk minimakan kerugian pada waktu itu. Dan pada waktu itu kerugian kami tersangat la besar. Sedih mengenangkan duit yang telah lebur, tapi hidup mesti diteruskan kan? Insyaallah banyak kami belajar dari kesilapan tu.

Dalam dunia perniagaan sekarang, ada banyak perniagaan yang tidak perlukan modal besar seperti kesalahan yang telah kami buat. Belajar dari kesalahan orang lain juga bagus supaya dapat elakkan kesalahan yang sama.

Alhamdulillah, bermulanya kerjaya saya sebagai perunding kewangan, modal yang perlu dikeluarkan cuma untuk bayar duit exam sahaja. Tu pun dah dapat balik modal dalam masa seminggu. Tak perlu nak habiskan beratus ribu untuk bukak kedai makanan sejuk beku dan ambil masa bertahun-tahun untuk dapatkan semula modal. Tu belum dikira keuntungan, entah tahun bila baru dapat merasa.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai perunding kewangan? Boleh email saya di rinaharyati@gmail.com

Teruskan bina kerjaya yang anda minati. Insyaallah semoga kita semua mampu berjaya jadi insan yang kaya dan muttaqin.

Biiznillah

Pn.rinaharyati
Perunding Kewangan, juga pernah gagal dalam bisnes

Sekadar gambar hiasan











No comments:

Post a Comment