Sunday, January 8, 2017

Pengalaman Kerja dan Kerjaya Pilihan

Pengalaman Kerja dan Kerjaya Pilihan

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Bercerita tentang pengalaman kerja, perjalanan kerjaya saya bermula dengan agak lancar. Sebaik sahaja tamat belajar, saya terus di lamar untuk bekerja di kilang. Di lamar oleh ayahanda sendiri memandangkan dia baru sahaja set up kilang. Masa belajar saya selalu membayangkan kerjaya saya sebagai seorang researcher, memandangkan saya meangmbil ijazah dalam bidang gentik. Rupanya rezeki saya di kilang ayahanda. Menyenangkan hati ayahanda juga rezeki kan?

Selepas berkahwin, saya dan suami ambil keputusan untuk buka perniagaan menjual makan sejuk beku. Pengalaman pertama ni saya buat secara trial and error. Selepas setahun kami ambil keputusan untuk convert perniagaan daripada makanan sejuk beku ke perniagaan jenis kedai runcit. Alhamdulillah perniagaan bertahan sehingga sekarang walaupun saya tidak lagi membantu suami. Ternyata saya bukan jenis duduk di satu tempat sahaja dan lakukan perkara yang sama setiap hari. Saya mudah bosan.

Selepas dapat anak sulung, ditakdirkan Allah anak saya yang sorang ni kategori istimewa yang memerlukan lebih perhatian dari saya, jadi saya berhenti dari perniagaan kedai runcit dan kerja semula di kilang ayahanda. Jadi dengan itu saya punya banyak masa untuk bawa anak ke kelas terapi dan mengikuti routine checkup yang agak kerap.

Saya masih kekal sebagai purchaser semasa di kilang dan pada masa yang sama saya mula berjinak-jinak buat jualan produk dari kilang itu sendiri iaitu Jam Waktu Solat. Alhamdulillah banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang saya buat sales Jam Waktu Solat ni.

Namun, kilang ayahanda tdak dapat bertahan dengan keadaan ekonomi yang semakin tenat dan persaingan yang tinggi, jadi saya ambil keputusan untuk cari kerja baru. Dan akhirnya di perkenalkan ke bidang kewangan dan perlindungan oleh sahabat saya sendiri. Alhamdulillah, ternyata kerjaya ni sangat dekat dengan jiwa saya. Ini tahun ke5 saya dan still counting, insyaallah

Saya bangga dengan kerjaya saya sekarang dan saya harap saya dapat bergerak lebih jauh dan lebih tinggi dengan pasukan saya. Insyaallah kerjaya ini sangat sesuai untuk wanita-wanita yang ingin punya kerjaya sendiri dan dalam masa yang sama masih boleh dekat dan punya banyak masa untuk keluarga. Semoga saya dapat membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk mengenali dan menceburi sendiri bidang sangat hebat ini.

Biiznillah

Pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

No comments:

Post a Comment