Saturday, January 7, 2017

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan

Teks : Rina Haryati Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Nama diberi Rina Haryati binti Ibrahim. Lebih senang disapa mesra dengan panggilan Reen dikalangan keluarga dan rakan-rakan. Anak kedua dari tiga beradik perempuan. Seorang isteri sepenuh masa dan mempunyai tiga orang anak lelaki yang gagah, tampan dan bergaya berumur dari 6 hingga 11 tahun.

Dilahirkan pada tahun 1980, Alhamdulillah mendapat pendidikan awal di tadika dan sekolah rendah sekitar kawasan Selayang, Selangor. Kemudian keleuarga berpindah ke kampung halaman di Kedah, dan saya meneruskan pengajian menengah di sekolah di sekitar Kulim. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi dan universiti di Selangor semula. Memilih subjek genetik dan alam sekitar semasa di peringkat universiti.

Setelah tamat pengajian, Allah murahkan rezeki saya, terus dapat bekerja di kilang milik keluarga. Kilang ni baru sahaja beberapa bulan di set up. Saya ditugaskan di bahagian pengurusan dan juga sebagai purchasing untuk bahan mentah memandangkan kilang ni merupakan sebuah kilang manufacturing. Banyak pengalaman baru yang saya peroleh dari sini, termasuk bekerja dengan pengurus garang dan tegas (bukan ayah saya). Ada juga rasa tekanan bekerja dengan pengurus ni tapi bila di kenangkan kembali, saya bersyukur kerana ketagasan dia telah mendidik saya jadi lebih kemas dan teliti dalam setiap pekerjaan serta menitik beratkan kualiti kerja yang tip top. Banyak membantu meningkatkan kualiti kerja sehingga sekarang.

Tiga tahun kemudian , lepas berumatangga, saya ambil keputusan untuk mula berniaga kedai runcit dengan suami. Permulaan perniagaan berasaskan frozen food yang kemudian bertukar kepada kedai runcit disebabkan kos lektrik yang tinggi. Perngalaman berniaga offline saya yang pertama. Setelah dikurniakan anak sulung, Allah rezekikan saya anak yang perlukan lebih perhatian, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti dari kedai runcit (yang perlukan komitmen masa yang tinggi). Saya kemudian kembali bekerja di kilang ayanda sebagai purchasing dan dalam masa yang sama buat jualan produk syarikat iaitu jam waktu solat.

Dalam masa yang sama, saya mula berjinak-jinak berniaga serunding secara online. Perniagaan yang bermula sekadar suka-suka waktu bulan Ramadhan akhirnya jadi perniaagaan yang sangat saya sayang dan berterusan hingga sekarang. Permintaan atas Serunding Kg Laut sangat memberangsangkan walaupun bukan di bulan Ramadhan atau pun bulan perayaan. Seronok juga berniaga serunding kerana setiap kali nak tambah stok kami akan balik ke kampong suami dan dalam masa yang sama dapat ziarah keluarga di sana. Kini saya teruskan jualan serunding secara offline juga.

Lepas kilang ayahanda berhenti beroperasi disebabkan keadaan ekonomi yang teruk pada masa itu, saya di lamar oleh ejen insurans yang juga merupakan sahabat saya. Idea yang pada mulanya saya rasakan macam suatu yang mustahil dan tak mungkin berlaku rupanya merupakan turn over dalam sejarah kerjaya saya. Bermula dari sekadar ingin mencuba, akhirnya sekarang merupakan sumber pendapatan saya yang utama, di samping pengurusan masa bersama keluarga dan anak-anak yang lebih fleksibel. Dan yang lebih manis berpeluang bercuti ke luar negara secara percuma setiap tahun. Alhamdulillah. Sehingga sekarang saya masih aktif memberi khidmat nasihat dan panduan cara untuk meningkatkan taraf hidup serta perlindungan yang perlu disediakan untuk keluarga. Pengalaman peribadi saya sendiri dalam buat tuntutan pampasan berkenaan penyakit kritikal dan kematian banyak membantu saya memberi kesedaran dan menambah baik persediaan perlindungan untuk sesebuah keluarga.

Selain dari itu saya sangat berminat dengan subjek perkembangan anak-anak, mungkin kerana saya sendiri ada seorang anak istimewa. Selalu jugak blog-hoping untuk belajar dari pengalaman ibu-ibu lain dalam membesarkan anak dan pendidikan awal untuk anak-anak. pada pendapat saya, membesarkan anak generasi sekarang perlukan pemantapan ilmu yang lebih kukuh sesuai dengan perkembangn zaman sekarang.

Saya sangat minat membaca sejak dari kecil. Dan disebabkan itu jugakla saya perlukan kaca mata semenjak dari sekolah rendah. Kalau dulu kebanyakkan buku yang jadi halwa mata saya lebih kepada siri pengembaraan dan novel percintaan, kini genra buku saya sedikit berubah. Saya gemar melabur untuk membeli buku mengenai pengurusan kewangan, pelaburan dan buku-buku motivasi sebagai self improvement.Semoga blog ni dapat memberi inspirasi berterusan kepada saya untuk terus menulis dan sebagai satu platform untuk saya berkongsi pelbagai informasi yang mungkin berguna untuk rakan-rakan yang lain. Biiznillah





Pn Rinaharyati
Penasihat Kewangan

2 comments: