Monday, January 30, 2017

Teknik Untuk Sediakan Waris Aset 1 juta

Teknik Untuk Sediakan Waris Aset 1 juta

Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com

Sekarang ni ada pelbagai cara untuk ada asset sehingga RM1 juta. Kalau masih muda, kudrat masih banyak, otak masih cergas, silakan terus berusaha dan disamping berdoa, Insyaallah suatu hari nanti Allah kurniakan asset RM1 juta pada kita dan keluarga. Tiada yang mustahil. Ramai je jutawan muda sekarang ni.

Tapi, orang 'muda' seperti anda dan saya ni, risiko terbesar kita sebenarnya adalah kematian disebabkan kemalangan. Dah bersediakan anda dengan perlindungan? Samada disebabkan kemalangan atau pun sakit? Take note ye, bukan perlindungan bil hospital kerana saya pasti rata-rata dari kita sudah ada kad perubatan (medical card) yang ada limit sehingga berjuta-juta.

Pernah tak anda terfikir, kalau anda ditakdirkan bekerja ke luar negara yang tempatnya sangat jauh dan anda tidak boleh balik langsung dalam masa setahun. Berapa banyak duit yang anda patut tinggalkan pada keluarga anda? untuk pastikan mereka dapat meneruskan hidup seperti biasa sewaktu kehadiran anda. RM12,000? RM24,000? RM36,000?

Bagaimana pulak kalau hari ini anda keluar bekerja dan tidak pulang untuk selamanya? Berapa banyak duit yang telah anda tinggalkan untuk keluarga? Berapa banyak pulak hutang besar yang anda ada? Dah bersedia dengan back up plan untuk selesaikan hutang tu? Boleh 'sesak' juga dada fikirkan pasal hutang ni kan. Kita sendiri yang berfikir pun rasa sesak dada, tak mungkin kita nak tinggalkan beban hutan untuk di warisi oleh keluarga.

Untuk pastikan pasangan anda tidak susah hati pasal duit, anda perlu bersedia dengan plan perlindungan yang memeri asset sebanyak RM 1,000,0000 unti persediaan kepada keluarga. Mati itu pasti, pemergiaan anda memang sangat sakit dan menyedihkan untuk keluarga, tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hilang sumber pendapatan.

Sebenarnya dengan asset RM 1,000,000 ni ada dah sediakan passive income untuk keluarga anda.

Jika menabung di Tabung Haji, potensi passive income ialah lebih kurang RM5,000 sebulan selama-lamanya tanpa perlu sentuh pun duit RM 1 juta tu.

Jika anda melabur di i-Care Hasanah contohnya, anda ada potensi untuk dapat passive income sehingga RM15,000 sebulan dengan asset RM 1 juta yang di tinggalkan tu tanpa perlu bekerja.

Berapa pula kos untuk membeli perlindungan dengan manfaat RM 1 juta?

Berapa lama masa yang anda perlukan untuk menjamin simpanan anda cukup sejuta? Berapa tahun anda perlu berkerja untuk itu? 

Kos untuk mendapatkan perlindungan dan asset RM 1 juta cuma serendah RM300 sahaja di HLA. Pastikan anda kenalpasti matlamat anda, kalau anda hendak lindungi diri anda sekarang dan sepanjang masa anda bekerja, selepas habis fasa aktif anda (bekerja), anda boleh hentikan plan ini dan dapatkan simpanan (cash value) yang ada dalam plan ni. 

Ya saya selalu juga dapat soalan ni,

"kalau tak claim camana? rugila!"

Sedih dan kelakar dalam masa yang sama sebab sebabnya nilai RM 1 juta tu bukan nilai sebenar diri anda. Saya pasti kalau di beri pilihan, keluarga anda tak mahu pun gantikan diri anda dengan asset 1 juta tu!

Tapi sebenarnya kalau anda tak claim, duit tu tak hangus begitu sahaja, kesemua plan insurans ada cash value yang anda boleh kelurkan. Jadi anda boleh dapat semula kos simpanan anda selama ni beserta dividen sekali. Dan yang paling penting anda masih bersama lagi dengan orang yang tersayang, Alhamdulillah.

 “Tinggalkan isteri dan anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan
   mereka di dalam keadaan meminta-minta” (Hadith Riwayat Bukhari)
Insyaallah. Biiznillah

pn.rinaharyati
Penasihat Kewangan

Image result for Hadits Riwayat Bukhari

No comments:

Post a Comment