Tuesday, January 10, 2017

Terjebak atau Sengaja? Ini Pilihan Kerjaya Saya

Terjebak atau Sengaja? Ini Pilihan Kerjaya Saya

Teks: Rina Haryati Binti Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com

Sapa ingat dulu pernah ada pengiraan personaliti berdasarkan tarikh lahir. Kiraan secara metafizik. Agak terkenal jugak satu masa dulu dan saya sendiri tak ketinggalan untuk mencuba. Sekadar niat cuba-cuba tak salahkan. Siap gelak beria bagai sebab salah satu kerjaya yang sesuai dengan jiwa saya (kononnya) ialah sebagai ejen insurans. Ada macam-macam kerjaya yang tersenarai sebagai menepati personaliti saya. Lucu sangat rasanya masa tu.

Even masa mula-mula kawan saya cakap
“Reen jomla join kami”
Saya biarkan je statement tu berlalu di angin lalu sambil saya cakap
“tak mungkin” kat dalam hati je la. Hehehe

Kena pulak ambil periksa katanya (padahal mudah je), lagi la bertambah malas nak fikir. Saya tak langsung pertimbangkan statement tu sampai saya berjumpa semula dengan kawan saya tu berkali-kali lagi selepas itu. Saya rasa sangat mustahil untuk orang yang pendiam dan tak banyak cakap macam saya ni boleh buat insurans.

Walaupun masa tu pendirian saya pada bidang insurans dah berubah. Saya dah 100% percaya yang insurans bukan sekadar kehendak, tapi merupakan keperluan bagi sesebuah organisasi keluarga. Bukan hanya sesuai untuk golongan berada, tapi sangat penting untuk sesiapa sahaja kerana apa sahaja risiko akan dipindahkan kepada syarikat insurans. Bayangkan dengan pelaburan serendah Rm100 dah boleh buatkan anda ada asset setinggi RM100,000. Kalau nak simpan sendiri secara tunai, berapa lama yang kita perlu bekerja untuk kumpul duit sebanyak itu? Aha yang tu perlu analisa ‘financial health’ anda, ok?. Malah saya dah sangat jelas keperluan insurans bukan semata-mata pada medical card. Insurans sebaliknya mampu untuk selesaikan segala komitmen peribadi yang anda ada sekarang. (saya akan sambung kelebihan insurans pada entri yang lain ye)

Saya ingat lagi masa tu hari raya, masa balik kampung mertua, saya ada banyak masa untuk fikir dan dalam masa yang sama bincang dengan suami tentang idea ni. Saya memang tak sangka langsung suami saya akan setuju. Tapi saya tau suami biasanya akan sokong apa sahaja keputusan saya dan mungkin dia nampak kesungguhan saya untuk berhijrah ke kerjaya baru ni, jadi dia setuju. Syukur alhamdulillah dapat restu suami.

Permulaan perjalanan karier saya, saya cuma join mesyuarat. Group meeting. Pertama kali saya bersama dalam mesyuarat, hati saya tersentuh dengan support yang sangat kuat dari group. Nampak setiap dari kawan-kawan sangat mengambil berat antara satu sama lain. Its the warm welcome that touches my heart. And after that, the rest is history. Saya mula mengorak langkah setapak demi setapak dalam bidang ni
Saya mula rasa jiwa saya sangat sesuai dengan kerjaya ni, bila saya perlu bergerak dan berjumpa dengan orang berlainan setiap hari di tempat yang berlain. Saya tidak terikat dengan satu SOP kerja sahaja. (siapa yang pernah kerja kilang mesti faham). Saya sendiri yang perlu rangka SOP kerja saya sendiri yang mungkin berubah-ubah mengikut kesesuaian.

Pernah tak terlintas di fikiran, setelah bekerja bertahun-tahun kita jadi bosan dan tak semangat untuk buat kerja yang sama setiap hari? Anda mungkin tak suka repition dan jadi mudah letih, mental dan fizikal. Letih tu cuma sebahagian keperluan badan yang bagi signal untuk kita berehat tapi asalkan ada minat, jarang kita fikir betapa letihya kita bekerja harini. Tapi kalau buat perkara yang kurang minat, cepat pula rasa letih tu datang. Setuju?

Kalau situasi ni terjadi pada anda, mungkin dah masanya untuk fikir dengan lebih mendalam. Apa minat anda. Jadikan minat tu sebahagian dari kerjaya. Mulakan dari sekarang. Setiap kali anda tangguh, itu merupakan satu pelaburan yang merugikan untuk anda sendiri.

Berminat berhijrah ke kerjaya baru? Bercita-cita untuk menjadikan bidang insurans sebagai kerjaya ke-2? Atau sedang mencari kerja part-time? Boleh emailkan sebarang pertanyaan atau soalan ke email saya rinaharyati@gmail.com

Apapun kerjaya kita sekarang, atau di masa akan datang buatla seikhlas hati kerana Allah. Semoga Allah memberkati usia kita sebelum ni dan di masa akan datang. Insyaallah setiap pekerjaan dan tingkah laku kita akan menjadi ladang pahala untuk bekalan di akhirat kelak. Insyaallah.

Biiznillah

Pn.rinaharyati


No comments:

Post a Comment