Tuesday, January 17, 2017

Terma atau Bahasa dalam Insurans/Takaful

Terma atau Bahasa dalam Insurans/Takaful


Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim

rinaharyati@gmail.com

reenrinaharyati.blogspot.com



Dalam industri insuran,ada terma-terna atau perkataan yang digunakan di dalam polisi. Terma ini mungkin pertama kali anda dengar dan boleh menyebabkan kekeliruan. Saya akan kongsikan beberapa terma yang biasa digunakan dalam insuran beserta maknanya.

Sum assured/sum insured

Pampasan kematian atau hilang upaya atau sakit tua (yang mana-mana satu dahulu) 

Insurance Policy

Polisi atau kontrak insuran

Premium 

Jumlah pembayaran yang harus dibayar oleh pemegang polisi. Biasanya terdapat 3 pilihan pembayaran iaitu, bulanan, setengah tahun atau setahun.


TPD (Total Permanent Disablement)

Hilang upaya kekal/ Ilat kekal

PA (personal accident)

Kematian kerana kemalangan atau pampasan disebabkan hilang upaya kekal akibat kemalangan

36 Criticall illneses

Terdapat 36 jenis penyakit kritikal yang boleh menyebabkan kematian. Senarai standard  digunakan oleh semua syarikat insuran. Tanda-tanda awal yang menjurus kepada penyakit kritikal ada dalam terma ‘penyakit tertentu’

Penyakit Tertentu/Specified Illness


Bermaksud Hilang Upaya atau komplikasi yang berkaitan dengan
  1. Hipertensi, diabetes, dan penyakit kardiovaskular
  2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari (buah pinggang)
  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak.
  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, verikosele.
  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan.
  6. Gangguan spina vertebro (tulang belakang) dan penyakit lutut.

Penyakit sedia ada atau ‘pre-existing illnesses’

Apabila anda memohon polisi baru, anda perlu mengisi borang deklarasi kesihatan. Jika anda pernah menjalani pembedahan, atau mengambil ubat bagi rawatan penyakit seperti kencing manis atau buah pinggang, semua maklumat ini perlu dinyatakan dalam borang permohonan itu.

‘Pre-existing illnesses’ biasanya tidak akan ‘dilindungi’ oleh polisi baru. Ini bermaksud sebarang tuntutan berkaitan ‘existing conditions’ tidak akan dibayar.
Bincang dan minta konsultan anda untuk menjelaskan perkara ini dan terma lain yang perlu diberi perhatian apabila anda ingin menukar polisi. Tidak disarankan untuk berhenti membayar caruman insurans/takaful sedia ada dengan serta-merta sebelum tamat ‘waiting period’ polisi yang baru.
Berhati-hati jika anda berniat untuk menukar polisi ke polisi baru sekiranya anda pernah menggunakan medical card atau pernah claim pada polisi lama. Anda mungkin telah diklasifikasikan dalam kategori mempunyai ‘pre-existing illness’

Tempoh menunggu atau ‘waiting period’

Polisi insuran atau takaful mempunyai ‘waiting period’ atau juga dikenali sebagai tempoh menunggu. Dalam tempoh ini, pihak insurans/takaful bukan sahaja tidak membayar manfaat tuntutan khususnya yang berkaitan dengan penyakit kritikal, malah berkemungkinan akan menyebabkan plan anda terbatal sekiranya didapati anda mempunyai rekod lampau yang berkaitan dan tidak di maklumkan kepada pihak insurans/takaful. Dalam kontrak ada dinyatakan dengan terperinci.

Biasanya, ‘Waiting period’ bermula daripada tarikh polisi sehingga 30 hari untuk kes kemalangan, selepas 90 hari untuk sakit-sakit biasa atau selepas 120 hari untuk ‘penyakit tertentu’

ILP (Investment Linked Plan)


Pelan insuran yang berkait dengan pelaburan.Ia adalah pelan insuran yang merangkumi 3 dalam 1 iaitu Perlindungan+Kad Perubatan+Simpanan.


Co-insurance/Co-takaful/Co-payment

Perkongsian pembayaran bil hospital antara klien dan syarikat insurans. Biasanya dalam pecahan 10% jumla bil di bayar oleh klien dan baki 90% di bayar oleh syarikat insuran/operator takaful. Walaubagaimanapun, jenis kad co-insurance ni tidak lagi releven penggunaannya di masa sekarang. Sila cari kad cashless.

Rider

Manfaat tambahan yang boleh ditambah selain manfaat asas bergantung kepada bajet premium

Lapse

Polisi yang tidak boleh dituntut jika berlaku sebarang kemalangan,kesakitan atau kematian atas sebab anda telah menghentikan bayaran premium.Ia juga dipaggil polisi luput.

Surrender

Penyerahan semula polisi atau kontrak kepada syarikat insuran.Dalam kata lain membatalkan polisi

Underwriter

Orang yang menilai sesuatu risiko

Harapan saya entri ini dapat membantu anda memahami terma/bahasa insurans. Jadi lepas ni kalau anda berbincang dengan mana-mana perunding kewangan, anda akan berada di wave length yang sama. Insyaallah

Biiznillah

pn.rinaharyati
Perunding Kewangan



No comments:

Post a Comment