Saturday, June 3, 2017

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem


Teks : Rina Haryati Binti Ibrahim
rinaharyati@gmail.com
reenrinaharyati.blogspot.com



Image result for ramadan kareem

Salam semua, lama betul tak update blog. dah berbulan rasanya. Insyaallah azam bermula Ramdhan ni kakak akan update post setiap hari atau seminggu 3x. Insyaallah

Belum terlambat lagi rasanya nak wish Ramadhan Kareem untuk semua. Semoga Ramadhan kali ni memberi rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka di penghujungnya, insyaallah Ramadhan yang terbaik, lebih baik dan bertambah baik berbanding yang sebelum ini buat kakak dan semua umat islam.

Mengimbau zaman muda kakak dulu, rasa berat sangat kalau nak pergi terawih. Rasa terpaksa benar. Semangat betul di awal-awal bulan Ramadhan, lepas tu mula lompong malamnya tanpa terawikh. Tiap-tiap hari banyak luangkan masa fikir menu untuk berbuka yang hebat. Astaghfirullah. Zaman jahiliah tu..hehehe

Nak tau rahsia kakak mudah solat? Kakak cuma tak makan nasi je. Tu je rahsia besar tu. Bila tak makan nasi perut tak terlalu kenyang, mata tak mengantuk, badan rasa lebih ringan nak bersolat. Nak buat banyak-banyak solat sunat pun insyaallah terasa ringan macam feather. (Ok yang feather tu  kakak exaggerate..hehe

Yang sebenornya kakak memang kena kurangkan makan nasi sebab dah makin comel ada plantar fasciitis ni. Nanti kakak akan explain pasal plantar fasciitis dan tips yang perlu ikut kalau terkena plantar fasciitis ni dalam blog post yang lain ye.

Insyaallah harapannya tips kakak ni dapatla beri manafaat pada semua. Semoga Ramadhan kali ni dapat kita penuhi dengan membanyakkan lagi ibadah kita. Masyaallah. 

Biiznillah

Pn.Rinaharyati
Perunding Kewangan Muslimah

No comments:

Post a Comment